Monday 19 September 2016

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ

Tarikh: 19 September 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 8.20 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba. Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Di dalam majlis tersebut turut diadakan persembahan nyanyian patriotik dan dikir barat.
Saksikan rakaman foto dari jauh saya. Maaflah, hari ni cameraman demam...

 Ustaz Mohd Abdullah membaca doa pembuka majlis.

 Encik Abdul Hadi menyampaikan ucapan.

 Persembahan nyanyian patriotik.

 Persembahan dikir barat.

 Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Nyanyian lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment