Thursday 8 September 2016

Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2016

Tarikh: 6 hingga 7 September 2016 (Selasa hingga Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Seremban Prima

Pada tahun ini salah seorang pelajar PPKI SMKPZ iaitu Abdul Hamas bin Abdullah telah mewakili Daerah Seremban dalam acara Nyanyian Solo Sekolah Menengah. Dengan menyampaikan lagu bertajuk Seni Berzaman nyanyian asal Tok Ki, beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. Abdul Hamas menyertai pertandingan pada hari Selasa dan menerima hadiah pada hari Rabu.
Tahniah Abdul Hamas!

 Abdul Hamas membuat persembahan.

Abdul Hamas menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pkharuddin bin Haji Ghazali

No comments:

Post a Comment