Thursday, 8 September 2016

Hari Keempat Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 8 September 2016 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Kemeriahan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ diteruskan lagi Aktiviti Masakan Berasaskan Ubi Kayu Dengan Menggunakan Kayu Api. Ubi kayu kerap dirujuk sebagai makanan ruji semasa zaman penjajahan Jepun dahulu. Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh saya pada hari ini.

 Oh lupa, sebelum memasak ubi kayu kita dah panggil bomba siap2 sebagai persediaan kecemasan.

 Semua sedang belajar cara nak padam api.

 Api sedang marak.

 Bergambar kenangan bersama jentera bomba.

 Faizal sedang menyusun kayu api.

 Cikgu Norli sedang menyusun kayu api.

 Oh, mata saya pedas!

 Kulit ni kalau goreng boleh tak cikgu?

 Kumpulan Cikgu Shariza mula merebus ubi.

 Kumpulan Cikgu Nor Wahidah bergambar kenangan bersama periuk yang merebus ubi kayu mereka.

 Ramai yang menangis mengenangkan kesusahan sewaktu penjajahan Jepun dulu terutama sekali Cikgu Mohd (kiri berdiri).

 Kata masak ubi kayu, ini mana datang keropok ikan pulak ni?

 Bangga berbaju sponsor.

 Sibuk menggantung banner, VIP dah nak sampai. Errr, lindung hujanlah.

 Yang ni lain sikit. Ubi kayu bersira.

 Sesi makan bermula. Wow, ada sambal ikan bilis!

 Kumpulan Cikgu Sa'adiah bersama ubi kayu bakar mereka. 

 Best!!!

 Setiausaha program iaitu Cikgu Siti Khairanah dan ubi rebus beliau.

 Keropok! Keropok!

 Cikgu Shariza membuat refleksi bersama murid-murid akan aktiviti yang telah dijalankan.

Dalam kemewahan makanan dan minuman pada hari ini ada pula yang sampai ke tahap makan serbuk kopi.

No comments:

Post a Comment