Sunday, 25 September 2016

Perkhemahan Pengakap Dan Jati PPKI SMKPZ 2016 Bil 2

Sesi Pagi Sabtu, 24 September 2016

Program diteruskan lagi pada pagi ini dengan senaman pagi dan kembara hutan (jungle trekking). Saya sebenarnya tiba lewat sedikit kerana menjaga anak-anak. Kebetulan isteri saya bertugas sebagai penyelaras perkhemahan badan beruniform bagi SMK Seremban Jaya 2 pada Jumaat dan Sabtu. Maka pagi Sabtu la baru lepaskan anak-anak kepada pengasuh.

 Singgah bergambar kenangan di jambatan kedua tertinggi di Malaysia.

 Sampai di Pekan Tanjong Ipoh, ni seberang jalan sebelah kanan ialah SMK Dato' Abdul Samad.

 Ahhh, lupa ini gambar seberang jalan di jambatan kedua tertinggi di Malaysia.

 Sementara itu para peserta semua kelihatan gembira nak pi melawat kilang aiskrim yang dikatakan berada di tengah-tengah hutan Kampung Talang tu.

 Katanya ada banyak perisa yang lebih sedap berbanding yang dirasa semasa lawatan ke Selangor dulu.

 Lebih mengujakan katanya boleh makan banyak mana pun aiskrim di kilang tu nanti.

 Ahhh ni kena tipu ni. Apasal jalan masuk ke kilang aiskrim tak ada jalan tar?

 Hutan belantara dijelajahi.

 Haziq bersemangat memanjat bukit.

 I want my mama!

 Cikgu Mai menunjukkan tanda peace!

 Cikgu Siti Khairanah dibantu menaiki bukit.

 Sikit lagi.

 Siti Payung bersemangat tinggi.

 Mencuci lumpur di pakaian dan badan di dalam kolam air.

 Refleksi aktiviti bersama Ayah.

 Menikmati makan tengah hari.

 Ayah (kiri) melihat para peserta makan.

Solat Zohor berjemaah.

No comments:

Post a Comment