Monday 19 September 2016

Penutup Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 9 September 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutup Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ. Sebelum majlis tersebut, telah diadakan Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan Individu dan jamuan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMKPZ. Tamat majlis tersebut telah diadakan majlis perpisahan buat pelajar yang akan berpindah mengikut keluarganya ke Ipoh, Perak iaitu Ain Syuhada binti Abdullah. Kepada Ain, kami ucapkan selamat maju jaya dan berbahagia di suasana yang baru.

 Norlaila sedang mewarna.

 Hafizi (kanan) menunjukkan posternya.

 Jamuan tajaan guru-guru dan kakak-kakak PPM.

 Cikgu Mohd Abdullah mengacarakan majlis penutup.

 Puan Hasmah menyampaikan hadiah kepada Nurul Aisyah.

 Syafiq menerima hadiah bagi pihak kumpulannya.

 Haikal menerima hadiah bagi pihak kumpulannya.

 Hamas menerima hadiah bagi pihak kumpulannya.

 Hafizi memenangi pertandingan mewarna.

 Ain sebak menyampaikan ucapan perpisahan.

 Puan Hasmah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan daripada pihak PPKI SMKPZ.

 Berpelukkan buat kali terakhir.

 Bergambar kenangan buat kali terakhir.

Bersalam-salaman. Macam hari raya pula.

No comments:

Post a Comment