Friday 25 March 2016

Moh Kita Ngaji

Tarikh: 25 Mac 2016 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Kalau ikutkan tak perlu saya buat coverage untuk event ini kerana tidak membabitkan murid PPKI tambahan lagi kuota Maxis saya pun dah abih tetapi memandangkan petang ini ada wifi di DM Toyota Services Senawang ni bolehlah saya curi-curi sedikit masa buat blog untuk program di atas.

Ini merupakan tahun ketiga SMKPZ melalui Panitia Pendidikan Islam melaksanakan Program SMART Al-Quran. Dalam program ini, murid-murid SMKPZ terutama di tingkatan satu telah dipilih untuk membaca Al-Quran di bawah seliaan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga khatam.

Warga SMKPZ sungguh bertuah kerana pada tahun ini, pelancaran program ini telah dirasmikan oleh YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir bagi menyerikan program pada pagi ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Ampangan, YB Dato' Haji Abu Ubaidah bin Dato' Haji Redza.

Saksikan rakaman foto yang sempat saya buat. Maaf kualiti gambar agak rendah kerana saya hanya fokus dari jauh.

Ustaz Mohd Abdullah Hensem sedang membacakan doa makan pembuka majlis.

Persembahan nasyid bertajuk Syukur Alhamdulillah. Tally pulak dengan tajuk mentor mentee pagi ni, Bersyukur & Menghargai.

Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang menyampaikan ucapan beliau.

YB Dato' Haji Abu Ubaidah sedang menyampaikan ucapan.

YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof sedang menyampaikan ucapan.
 
Perasmian Program Smart Al-Quran.

Pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

Khusyuk menghayati bacaan ayat-ayat Al-Quran.
 
Puan Hajah Hamidah sedang membincangkan sesuatu dengan guru-guru penolong kanan semasa tayangan montaj.

Penyampaian sijil pembimbing rakan.
 
Tetamu-tetamu VIP bergambar kenangan bersama pembimbing-pembimbing rakan.

Tetamu-tetamu VIP menikmati jamuan makan tengah hari.

No comments:

Post a Comment