Sunday 6 March 2016

Membuat Bunga Dan Penanda Buku

Tarikh: 2 Mac 2016 (Rabu)
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada waktu ko-kurikulum pada hari ini merupakan giliran Persatuan Pendidikan Khas PPKI SMKPZ. Ahli-ahli telah masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan membuat dua kraftangan.
Kraf tangan yang pertama ialah membuat bunga. Antara bahan yang digunakan ialah kain, kapas, benang, dawai.

Cikgu Siti Maizura melakukan demo.

Cikgu Sa'adiah membimbing Zakwan.

Haikal (kiri) dan Nasrul menyumbat kapas ke dalam bunga.

Belum ada hasil akhir yang boleh ditunjukkan kerana kraftangan ini akan disambung pada perjumpaan akan datang. Bagi kumpulan lain, mereka membuat penanda buku.

Mengunting kertas warna kepada bentuk-bentuk yang dikehendaki.

Menggamkan bentuk-bentuk secara kreatif.

Sarjan Hassan menunjukkan hasil kraftangannya.

No comments:

Post a Comment