Monday 21 March 2016

Hari Pertama Minggu Sains dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 21 Mac 2016 (Isnin)
Masa: Selepas waktu rehat sehingga balik
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada minggu ini diadakan Minggu Sains dan Matematik PPKI SMKPZ. Minggu ini dilaksanakan bagi menanam semangat cinta kepada sains dan matematik di samping mendedahkan ilmu kepada murid-murid yang tidak boleh diperolehi melalui PdP di dalam kelas.

Pada pagi hari pertama telah diadakan demonstrasi eksperimen sains oleh cikgu Mohd Abdullah. Kemudian murid-murid kelas PPKI 1 hingga 4 telah menyertai pertandingan memasang litar mentol selari manakala murid-murid kelas PPKI 5 hingga 7 telah menyertai pertandingan buku skrap.

Saksikan rakaman photographer amatur.

 Semua melihat dengan penuh minat.

Cikgu Hasmah memasukkan Mentos ke dalam air Coca Cola.

Ais melekat di benang.

Surini merasa kesejukan ais.

Melihat pembekuan lemak di dalam air sejuk.

Eksperimen resapan air.

Cikgu Mohd Abdullah menekan spray deodoren ke arah penunu bunsen.

Cikgu Mohd Abdullah menunjukkan cara memasang litar.

Satihyasellon tekun menyiapkan buku skrap.

Zul Amri tekun memasang litar.

No comments:

Post a Comment