Friday 25 March 2016

Ku Benci Gula-Gula, Makananku Sayur Dan Buah

Tarikh: 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Bilik Kesihatan SMKPZ

Bagi yang berumur 35 tahun ke atas mungkin masih ingat lagi pada bait-bait lagu kanak-kanak di atas yang ditayangkan di TV1 pada era 80an dahulu. Mungkin ada di Youtube kalau anda rajin cari.

Pada hari ini telah diadakan pemeriksaan gigi tahunan kendalian Klinik Pergigian Kesihatan Ampangan di sekolah kami untuk murid-murid PPKI SMKPZ. Bagi yang tak tahu jangan takut untuk menjalani pemeriksaan gigi di sekolah kerana seteruk mana pun gigi anda tak akan dicabut mengikut prosedur sekarang.

Saksikan rakaman PPM bertugas mengiringi murid pada hari berkenaan iaitu Kak Fizah.

Cikgu Siti Khairanah menghantar kad murid-murid PPKI yang bakal diperiksa gigi mereka kepada jururawat dari Klinik Kesihatan Ampangan, Tuan Haji Khairul.

Murid-murid masuk dengan teratur ke dalam Bilik Kesihatan.

Duduk dengan sopan menunggu giliran.

Tak sabar nak diperiksa gigi.

Eee takut!

Satihyasellon sedang diperiksa giginya oleh doktor.

No comments:

Post a Comment