Tuesday 22 March 2016

Hari Kedua Minggu Sains dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 22 Mac 2016 (Selasa)
Masa: Selepas waktu rehat
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini program Minggu Sains dan Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Explorace. Sebanyak 8 stesen diadakan yang memerlukan murid-murid berkerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menyelesaikan pelbagai tugasan berbeza.

Saksikan rakaman yang telah dibuat.

Taklimat dan pembahagian kumpulan.
 
Zahid (bersongkok) mencari gula-gula dalam tepung.
 
Adib membuat garisan dengan menggunakan pembaris.
 
Membuat model haiwan dengan menggunakan plastisin.
 
Menampal gambar haiwan.
 
Memasang litar mentol.
 
Mencari semut.
 
Razib melontar dart ke arah belon.

No comments:

Post a Comment