Friday 25 March 2016

Hari Keempat Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa: Selepas rehat
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Kuiz Matematik dan Kuiz Sains. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan bekerjasama dalam kumpulan untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang dikemukakan.

Kuiz Matematik membuka tirai di bawah seliaan Cikgu Azean. Selesai Kuiz Matematik bersambung pula dengan Kuiz Sains di bawah kendalian Cikgu Siti Maizura. Memandangkan bilangan murid yang bertambah, kemungkinan kuiz-kuiz yang akan datang boleh dibuat di dalam Dewan Seri Pendeta.

Saksikan rakaman oleh saya seperti di bawah.

Kuiz Matematik sedang berlangsung.

Johari sedang membaca soalan kuiz.

Saya ada soalan untuk cikgu. Soalan apa? Bila nak pasang aircond?

Kuiz Sains sedang berlangsung.

Saya ada satu lagi soalan untuk cikgu. Soalan apanya? Bila nak pasang pendingin hawa?

No comments:

Post a Comment