Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ
Pada hari ini telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKPZ Tahun 2017. Pada tahun ini telah diadakan konsep kelas terbuka di mana para pelajar sendiri membawa juadah seperti kuih-muih, buah-buahan, kek dan pelbagai lagi jenis makanan untuk dikongsi bersama semua.
Selain daripada itu sumbangan seperti nasi beriani, sate, air sirap, lemang, lontong, nasi himpit, dadih, rendang dan telur rebus turut diterima dengan tangan yang terbuka daripada pihak kami. Hanya Allah Taala dapat membalas jasa anda.
Saksikan rakaman daripada telefon YES saya untuk tatapan anda semua.
Bacaan Surah Yasin di sebelah pagi.
Debaran menanti sate yang tak kunjung tiba.
Geng PPKI 1 dengan hidangan-hidangan kelas terbuka mereka.
Cikgu Sa'adiah sibuk menyusun ahli kelas PPKI 5 untuk bergambar.
Bersama kelas angkat saya, PPKI 6 dan PPKI 7.
Lambat sangat sate sampai, jadi kita makan dulu apa yang ada.
Gaya saja yang lebih, yang banyak hanya nuget :)
Kelas terbuka PPKI 6 dan PPKI 7 menjadi tumpuan dengan hidangan piza, kek harijadi, sandwich, bihun goreng, kerepek, air berkarbonat dan air kotak.
Sibuk makan mee goreng.
Syahmi dan kek harijadinya.
Syahmi harijadinya jatuh semasa bulan puasa yang lalu. Jadi sambutannya dibawa ke hari ini.
Bilik VIP tanpa kehadiran pengetua dan GPK Ko-Kurikulum. Dua2 belum berpengganti.
Lebih sedap makan di dapur daripada di Bilik VIP.
Sate tiba akhirnya.
Makan sate pun slow saja. Perut dah penuh kerana makan di kelas-kelas terbuka.
Masih bersemangat untuk makan.
Suasana riang di Bilik VIP. Tahun ni relaks sikit, takdak VIP turun ramai-ramai macam tahun-tahun sebelumnya.
Encik Yusli (tengah) berbincang sesuatu dengan Tuan Haji Raduan.
Kemas dulu sebelum balik.
Bekalan nasi beriani untuk dibawa balik disumbangkan oleh Kak Ecah.
Cikgu Wahidah menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar. Ini merupakan sumbangan individu yang tak ingin namanya disebut di sini.
No comments:
Post a Comment