Sunday 23 July 2017

Fadilah Mashitah Mengharumkan Nama SMKPZ Di Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2017

Tarikh: 20 Julai 2017 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Zaaba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Nama SMK Pendeta Za'ba pada hari ini telah diharumkan lagi dengan kejayaan Fadilah Mashitah Mohd Sharif yang mendapat pingat emas bagi acara melontar peluru kategori senior bermasalah pembelajaran perempuan di dalam kejohanan di atas. Fadilah yang mewakili daerah Seremban sendiri turut tidak menyangka akan memperolehi kejayaan tersebut kerana dia sendiri baru pulih daripada mengalami demam campak pada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, dua guru PPKI SMKPZ turut membantu menjayakan kejohanan pada hari ini. Mereka terdiri daripada Encik Azean bin Abdullah yang bertugas sebagai pelepas untuk acara-acara balapan dan Encik Noor Azlan bin Abd Rahman yang bertugas sebagai pencatat keputusan rasmi.

Bagi Fadilah, seluruh warga PPKI SMKPZ mengucapkan tahniah kepada beliau. Semoga beliau akan akan mendapat kejayaan yang lebih gemilang sebagai wakil Negeri Sembilan ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Dalam kejohanan pada hari ini, daerah Seremban menjadi johan keseluruhan dengan memperoleh 8 pingat emas, 7 pingat perak dan 10 pingat gangsa. Upacara perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Jamilah binti Kadir, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

 Kelihatan Tuan Haji Zaiham (bertopi) dari SMK Panchor yang tak putus-putus memberi sokongan kepada peserta-peserta daerah Seremban.

 Kelihatan Encik Abdul Jelani (kanan) dari SMK Tunku Ampuan Durah yang bertugas sebagai ketua pencatat keputusan rasmi.

 Encik Azean (kiri) bertugas sebagai pelepas acara-acara balapan.

 Ke garisan!

 Sedia, mula!

Fadilah semasa upacara penyampaian hadiah.

No comments:

Post a Comment