Sunday 16 July 2017

'Keras' Tangan Persatuan Pendidikan Khas

Tarikh: 12 Julai 2017 (Rabu)
Masa: 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini semasa perjumpaan Persatuan Pendidikan Khas, murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengikuti dua aktiviti utama iaitu anyaman pelapik kaki dan merekacipta boneka. Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

 Puan Siti Khairanah menyampaikan taklimat untuk menganyam pelapik kaki.

 Maryam (tengah) dan rakan-rakan menganyam pelapik kaki.

 Huuu, susah rupanya.

 Ada yang menepuk dahi kerana jolok perca kain tak masuk-masuk.

 Teacher Lim dan Cikgu Shariza membimbing murid-murid merekacipta boneka.

 Cikgu Sa'adiah dan Cikgu Nor Wahidah membimbing kumpulan murid di kelas PPKI 4.

 Cikgu Wan Azlima membimbing kumpulan murid di ruang serbaguna.
 
 Berbangga dengan hasil 'keras' tangan mereka.

Berbangga dengan boneka yang telah mereka hasilkan.

No comments:

Post a Comment