Monday 31 July 2017

Hari Ketiga Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 26 Julai 2017 (Rabu)
Masa:7.30 pagi (penyampaian hadiah Treasure Hunt di Dewan Seri Pendeta) dan 1.30 petang (pertandingan Rekacipta ABM di Blok PPKI SMKPZ)

Hari ini banyak yang berlaku. Pada paginya telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk semua acara bagi bagi Minggu Pusat Sumber SMKPZ. Di dalam majlis ini, Puan Siti Maizura binti Mansor telah diumumkan sebagai pemenang untuk pertandingan merekacipta ABM kategori guru. Selain itu, tiga kumpulan yang berjaya mendapat tiga tempat terbaik di dalam pertandingan Treasure Hunt juga telah menerima hadiah masing-masing. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 SMKPZ. Tahniah kepada para pemenang.

 Cikgu Mai tersenyum riang.

 Nasrullah berlari tanpa sempat dirakam gambar setelah mengambil hadiah.

 Sempat membuat tanda Bagus!

Syamira tenang mengambil hadiah. Tak kalut macam rakan-rakan beliau.

Pada jam 10.00 pagi, warga PPKI SMKPZ bertolak pula ke gelanggang boling AEON Seremban 2. Sudah lama kami tidak bermain boling iaitu hampir tiga bulan. Bukan kami saja yang bermain boling pada pagi ini tetapi beberapa PPKI lain turut datang hadir memeriahkan suasana.

 Memakai kasut boling. Wah, akhirnya tauke boling beli juga kasut yang baru untuk para pelanggan!

 Bersedia untuk bermain.

 Adakah akan strike?

 Semua lane penuh.

 Iqmal membuat balingan.

 Merenung ke papan markah. Nak tengok siapa yang hebat hari ini.

Apa? Kita nak ke Palm Mall Hotel? Ada orang sponsor makan tengah hari? Toksah mimpi la, itu Uncle Kumar lupa turunkan signboard tu.

Setelah kembali ke sekolah, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melaksanakan pertandingan merekacipta ABM. Saksikan rakamannya di entri akan datang.

No comments:

Post a Comment