Sunday 23 July 2017

Hari Pertama Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ

Tarikh: 24 Julai 2017 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ (upacara perasmian) dan Bilik Tayangan PSS SMKPZ (tayangan video)

Minggu PSS PPKI SMKPZ datang lagi. Dengan bertemakan 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya', upacara perasmian telah disempurnakan oleh Puan Nor Wahidah binti Jalil, Penyelaras PPKI SMKPZ. Setelah perasmian, para pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi sepanjang minggu ini.

Setelah selesai pembahagian kumpulan, para pelajar dan guru-guru telah ke Bilik Tayangan PSS SMKPZ untuk menyaksikan tayangan video yang bertajuk 'Three Idiots." Saksikan rakaman yang sempat diambil.

 Edryana membuat banner program.

 Iqmal dan rakan-rakan melakukan persiapan tempat.

 Cikgu Siti Norli mengacarakan majlis.

 Ustaz Mohd Abdullah membacakan doa pembukaan majlis.

 Puan Nor Wahidah merasmikan program.

 Cikgu Siti Norli melakukan pembahagian kumpulan.

 Terdiri daripada 8 kumpulan.

 Tayangan video bermula.

Oh, bestnya cerita ni!

No comments:

Post a Comment