Monday 2 November 2015

Projek Kamar Bersih, Menawan Dan Wangi

Tarikh: 27 Oktober 2015 hingga 30 Oktober 2015
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Salah satu aktiviti pasca peperiksaan ialah Projek Kamar Bersih, Menawan Dan Wangi. Projek dilaksanakan bagi menambah keceriaan di Blok PPKI SMKPZ. Antara pengisian aktiviti ialah mengecat tandas lelaki dan tandas perempuan, mengemas dapur, bilik guru, bilik pejabat dan kelas. Ada tayangan filem-filem untuk murid pada waktu-waktu tertentu.
Saksikan rakaman daripada telefon Samsung Galaxy J5, tajaan Maxis tanpa kontrak selama 24 bulan. Fahamkah maksud "tanpa kontrak selama 24 bulan" tu? Maksudnya kalau terminate kontrak dalam 24 bulan tu ada la penaltinya. Lepas 24 bulan terminate baru la tak kena penalti.

 Mengacau cat.

 Mengemas pejabat.

 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

 Umi menyapu habuk.

 Menonton Star Wars: The Force Awakens, ehhh, kat panggung pun belum ada lagi. Mana korang dapat?
 
 Pat Morita kata, "Up and down." Macam cerita Kareta Kid.

 Nurul Asyikin mengecat dinding.

 Shafiq Shafizan mengangkat barang.

 Cikgu Azean dan murid-murid menolak almari.

 Mengisih barang di kelas PPKI6.

 Faizal mengecat dinding.

 Tasniim mengecat dinding.

 Murid tua, Idham membuat kek coklat.

 Susun atur pejabat dan bilik guru yang baru.

 Tasniim menyusun buku dan hadiah.

 Bukan bermain tetapi menyusun semula blok/bongkah mainan ke dalam bekas.

 Menonton Frozen.

 Mengukur baju di badan sendiri.

 Faizal mengecat tandas perempuan.

 Bergulung-gulung musking tape habis.
 Mengemas dapur.

 "Bila nak pasang aircond dalam tandas ni?" tanya Zainul.
 
 Cikgu Sa'adiah mengecat dinding.

 Teacher Lim memasang tinted pada cermin tingkap pejabat.

 Kalau pasang kat cermin kereta boleh tak?

 Membungkus hadiah.

 Masih membungkus hadiah.

 Membungkus hamper.

 Membuat riben untuk dipasang pada hadiah dan hamper.

Rasa macam dalam jel pun ada.

No comments:

Post a Comment