Monday 2 November 2015

LDP: Memperkasakan Ko-Kurikulum Di SMKPZ

Tarikh: 28 November 2015 (Rabu)
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Penceramah: Encik Muhamad Sauki bin Razali, Pensyarah, Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kurikulum, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland

Bagi memenuhi keperluan menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun mengikut pekeliling perkhidmatan awam serta mendedahkan guru-guru kepada pengurusan ko-kurikulum terkini, ldp di atas telah diadakan.
Dalam ceramah beliau, Encik Muhamad Sauki telah berkongsi pengalaman beliau berkhidmat di Bera, Pahang. Beliau telah menekankan bahawa ko-kurikulum dapat digunakan bagi menukarkan tahap disiplin yang rendah di sesebuah sekolah kepada yang lebih baik seterusnya turut meningkatkan pencapaian akademik.
Sesungguhnya perkongsian ilmu yang telah disampaikan adalah amat berguna kepada guru-guru SMKPZ.

Setup show dulu. 

 Ceramah sedang disampaikan.

GPK Pentadbiran, Encik Abdul Hadi menyampaikan cenderahati kepada Encik Muhamad Sauki.

No comments:

Post a Comment