Monday 2 November 2015

Fire Drill Di SMKPZ

Tarikh: 28 Oktober 2015 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SMKPZ

SMKPZ pernah mengalami kebakaran beberapa tahun yang lalu. Bukan ada sesiapa yang bermain dengan api atau pun asap daripada vape tetapi kejadian litar pintas bilik suis di Dewan Seri Pendeta. Malang tidak berbau tetapi kebakaran memang berbau. Ada bau plastik terbakar, kayu terbakar tetapi untung juga kerana Dewan Seri Pendeta kemudian mendapat bilik suis yang baru dan pentas daripada batu sementelah lagi pentas kayu lama berhampiran bilik suis telah mula dimakan anai-anai.
Latihan kebakaran pada kali ini menyaksikan demonstrasi kawad basah (memadam api dengan menggunakan hos air daripada jentera bomba), pertolongan cemas dan memadam api dengan alat pemadam api.
Lima tahun berkhidmat di SMKPZ, inilah kali pertama dapat menyaksikan murid PPKI SMKPZ diberi peluang menggunakan alat pemadam api. Tahniah kepada Muhammad Ashraf!

 Cikgu Wan menenangkan Shakir yang gusar akan keselamatan pensel warna dan pengasah penselnya yang tertinggal dalam kelas.

 Bomba datang berlumba-lumba.

 Tengok tu, tengok kebakaran pun boleh senyum. Memang sah OKU.

 Basuh kereta pun bagus ni.

 Demonstrasi pertolongan cemas.

 Demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

 Jerebu datang lagi?

 Nak buat barbeque ka?

 Ashraf dibimbing memadam api.

Wooo, dah padam api!

No comments:

Post a Comment