Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Hujung Blok PPKI SMKPZ
Setelah seminggu kita berpanas untuk acara petanque dan sukaneka maka pada hari ini tibalah kita pada penghujungnya. Selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara-acara yang dipertandingkan, pada hari ini juga diadakan acara memancung errr, memotong kek hari lahir.
Acara memotong kek hari lahir dibawa ke hari ini kerana mengikut pengalaman lepas jika dihidang semasa jamuan akhir tahun ia akan terbazir begitu saja kerana semua telah kenyang menikmati juadah seperti nasi dan lauk-pauk yang dihidangkan.
Nikmati gambar-gambar yang sempat dirakam.
Suasana di gedohok (Bahasa Kedah untuk tempat masak kenduri).
Adib sedang makan mee hailam.
Faizal sedang membasuh periuk.
Ashikin (kiri) dan Hiyah sedang makan.
Saya nak makan dalam talam boleh tak?
Selagi tak tukar sekolah lain inilah pengacara majlis kita, Ustaz Mohd Abdullah.
Menimbang berat kek.
Berat juga kek ni.
Tak sabar nak makan kek.
GPK PPKI SMKPZ, Puan Hasmah binti Abu Bakar menyampaikan hadiah.
Tahun depan tak ada lagi Nur Afiqah kerana dah cukup umur.
Arif turut memenangi sesuatu pada karnival pada kali ini.
Tak ada lilin ka? Sekurang-kurangnya untuk menghalau lalat.
Satihyasellon menunggu kuah diisi.
Membahagikan kek kepada murid-murid.
Pui Yong dan Surini menunggu mee dihidangkan.
No comments:
Post a Comment