Monday 2 November 2015

Karnival Permainan & Sukaneka PPKI SMKPZ: Petanque

Tarikh: 2 November 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Padang SMKPZ

Kalau minggu lalu kita mengecat dan mengemas, pada minggu ini PPKI SMKPZ mengadakan pula Karnival Permainan & Sukaneka PPKI SMKPZ. Aktiviti untuk hari pertama ialah pertandingan petanque.
Murid-murid telah dibahagikan mengikut tahap kebolehan iaitu lelaki satu, lelaki dua, perempuan satu dan perempuan dua. Pertandingan berlangsung dengan sangat sengit. Ada permainan yang kedua-dua boule pemain jatuh sama dekat dengan jack (seri) tetapi syukur semua permainan dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.

 Puan Sharul Afizah memimpin sesi memanaskan badan.

 Ikut, jangan tak ikut.

 Cikgu Azean selaku ketua arbiter.

 Cikgu Mohd menjadi arbiter.

 Cikgu Sa'adiah mengurus pasukan perempuan satu.

 Perlawanan kategori lelaki dua berlangsung.

 Ooo panas, matahari dah mula naik.

 Ashraf melakukan lontaran.

 Cikgu Siti Khairanah dan Cikgu Nor Wahidah berbincang tentang penskoran.

 Mata satu, satu. Bila mau habis daa?

 Ehhh, dah hilang semua manusia?

 Puan Hasmah menjadi arbiter perlawanan akhir.

 Belum pernah dalam sejarah saya tengok pemain oh som untuk menentukan giliran permulaan permainan.

Haikal mengutip bola.

No comments:

Post a Comment