Wednesday 16 November 2016

Pertandingan Boling PPKI SMKPZ

Tarikh: 16 November 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Pusat Permainan Boling AEON Seremban 2

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh warga PPKI SMKPZ kerana aktiviti boling bulanan tiba di penghujungnya iaitu dengan Pertandingan Boling PPKI SMKPZ. Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki 1, Lelaki 2, Perempuan 1, Perempuan 2 dan Guru & PPM.
Saksikan rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Alif membuat balingan dengan bimbingan Adib.

 Munirah membuat balingan.

 Persediaan untuk majlis penyampaian hadiah.

 Nazilah merupakan Johan Perempuan 2. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua SMK Pendeta Za'ba.

 Nur Hiyah merupakan Johan Perempuan 1.

 Shamsul Haziq merupakan Johan Lelaki 2.

 Nasrul Hakim merupakan Johan Lelaki 1.

 Oh tukang blogger dapat nombor 3.

 Cik Norimah dapat nombor 2.

 Yang dapat nombor 1 ialah Puan Sharul Afizah. Tak ada pula gambar dalam Group Whatsapp PPKI SMKPZ.

Makan burger di Mc Donald.

No comments:

Post a Comment