Masa: Sepanjang hari. Dari pagi2 buta hinggalah ke tengah2 malam buta. (Tapi tak ada pertandingan untuk murid buta)
Tempat: Hotel Royale Bintang dan Seremban Prima
Hari ini tukang blogger jadi tukang statistik. Ya benar ramai tak puas hati Negeri Sembilan menang sembilan emas daripada dua belas emas yang dipertandingkan. Tentang tuduhan Negeri Sembilan menguasai pemilihan hakim-hakim yang memberi markah yang lebih kepada peserta tuan rumah saya tak boleh komen tapi sayalah yang pening kepala memadankan borang markah yang tak tertulis nama peserta-peserta dan nama negeri-negeri padanya (hanya ada nombor giliran) dengan satu lagi borang yang ada senarai nama peserta, negeri dan nombor gilirannya. Senang cakap hakim-hakim tak tahu pun nama dan negeri peserta yang dihakiminya tetapi hanya beri markah kepada peserta berdasarkan nombor meja atau nombor giliran sahaja. Tapi tak tahulah kalau-kalau semasa pertandingan para peserta Negeri Sembilan cakap kat hakim-hakim, "Bagilah saya markah lebih, saya peserta tuan rumah."
Ada dua sesi pertandingan pagi dan petang. Keputusan yang terakhir diterima pada jam 6.00 petang. Maka kalutlah saya untuk menyiapkan kedua-dua keputusan rasmi untuk kegunaan penyampaian hadiah pada majlis makan malam (penutup) dan juga buku keputusan rasmi untuk dibawa pulang kontinjen negeri-negeri pada keesokan harinya (tak tahu pulak kalau kali ini ada kontinjen yang start enjin bas jam 1.00 pagi dan bertolak pulang macam karnival permainan yang lalu).
Berikut ialah keputusan penuh karnival pada kali ini.
Oh lupa pula masukkan gambar-gambar sekitar program. Ada la sedikit seperti berikut.
Sewaktu kome sedap-sedap makan sambil tengok persembahan masa majlis makan malam, teman dengan netbook kecik teman dan printer sekolah sibuk memprint buku keputusan rasmi.
Waktu teman turun errr naik dari solat kat tempat parking bawah hotel tu dah tengah penyampaian hadiah dah.
Tak dapat makan pun tak apa, janji ada bukti kehadiran.
Wakil kontinjen Negeri Sembilan menerima trofi johan keseluruhan.
Cikgu Mohd Abdullah bergambar dengan Mohd Nur Iman, bekas pelajar PPKI SMKPZ yang bekerja sebagai pelayan di Hotel Royale Bintang.
No comments:
Post a Comment