Saturday 19 November 2016

Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Karnival PPKI SMKPZ

Tarikh: 18 November 2016 (Jumaat)
Masa: 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Karnival PPKI SMKPZ bagi pertandingan-pertandingan yang telah pun dilaksanakan sepanjang minggu ini. Kecuali hadiah bagi pertandingan boling yang telah pun disampaikan di venue pertandingan, pada pagi ini hadiah-hadiah bagi pertandingan petanque, sukaneka dan sukan rakyat telah disampaikan oleh Puan Nor Wahidah binti Jalil, Penyelaras PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat bagi majlis ini.

Fitri menerima hadiah untuk pertandingan petanque.
 
 Siti Aisyah menerima hadiah untuk permainan petanque.
 
Arif menerima hadiah bagi pihak kumpulannya untuk pertandingan sukan rakyat.
 
Nanti hari Isnin minggu depan baru kita buka hamper-hamper tu makan ramai-ramai.


No comments:

Post a Comment