Friday 4 November 2016

Aktiviti Pasca Peperiksaan Jumaat, 4/11/2016

Terdapat dua aktiviti telah dijalankan pada hari ini iaitu solekan bagi murid-murid perempuan dan pembuatan roti bagi murid-murid lelaki. Terima kasih kepada Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba yang telah sudi turut bersama dengan murid-murid lelaki bagi mempelajari kaedah membuat roti.
Terima kasih kepada semua yang telah share gambar di group Whatsapp sepanjang 3 hari ini.

 Puan Sharul Afizah (kiri) memperkenalkan penceramah jemputan iaitu Puan Dayang (kanan).

 Semua dah tak sabar-sabar nak mencuba mekap yang dibawa Puan Dayang.

 Dulu saya pernah jadi guru ganti kat sini tetapi sekarang saya jadi cikgu mekap saja.

 Memakai mekap.

 Surinini menjadi model pada hari ini. Hui, panasnya dalam bilik ni. Bila nak pasang aircond?

 Best!!!

 Puan Siti Maizura menyampaikan cenderamata penghargaan PPKI SMKPZ kepada Puan Dayang.

 Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMK Pendeta Za'ba turut interframe.

 Kalau tengok betul-betul muka sebilangan murid lelaki, ada yang tak puas hati tak dapat join murid-murid perempuan untuk belajar bersolek.

 Kalau tak yakin status halal sesuatu bahan untuk buat roti ni, jangan pakai.

 Mudah saja buat roti ni, campak je bahan-bahan dalam mesin ajaib ni terus siap.

 Sekali tengok macam nak buat roti canai. Kak Di, saya nak roti canai kuah dal banjir ya.

Pelbagai roti yang telah siap untuk dimakan. Macam tipu saja. Ini ambik gambar kat Internet ka lepas tu post dalam Whatsapp group?

No comments:

Post a Comment