Sunday, 24 July 2016

Majlis Anugerah Bintang Pengetua Dan Sahsiah Terpuji 2016

Tarikh: 22 Julai 2016 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Salah satu cara pada pendapat sayalah, untuk mendapat kembali sumbangan PIBG ialah dengan mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam ujian dan peperiksaan. Ehem, dalam majlis di atas ni PIBG beri hadiah RM5 untuk setiap satu A yang diperolehi dalam ujian atau peperiksaan. Kalau dapat 8A boleh dapat RM40. Kalau dapat 8A untuk ujian selaras 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian selaras 2 dan peperiksaan akhir tahun boleh dapat RM160. Itu dah melebihi jumlah sumbangan PIBG untuk tahun ini!
Jumlah yang mendapat anugerah pada kali ini untuk murid-murid PPKI SMKPZ melebihi 40 orang. 40 per 56 kira banyaklah tu kalau dari segi peratus.
Dengan bermatlamatkan memberi galakan atau semangat memajukan diri, memupuk daya saing serta membantu membangun potensi diri pelajar, program yang diilhamkan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ ini ternyata telah mula membuahkan hasil. Saya berani jamin menjelang peperiksaan akhir tahun nanti kesemua 56 murid PPKI SMKPZ berpeluang untuk naik ke atas pentas untuk menerima hadiah.
Macam Haji Bakhil dalam cerita Labu Labi cakap, "Siapkan saja duitnya banyak-banyak!"

 Ustaz Nor Shahrul Azemi membacakan doa.

 Sidang hadirin mengaminkan doa.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan beliau.

 Nasrul Hakim mendapat Anugerah Sijil Kehadiran Penuh.

 Syahmi mendapat Anugerah Sijil Kehadiran Penuh.

 Nur Ain Syuhada mendapat Anugerah Ibnu Khaldun.

 Nurul Aisyah mendapat Anugerah Ibnu Khaldun.

 Zairul Iqmal mendapat Anugerah Sijil Pelajar Harapan.

 Nasrullah E'man mendapat Anugerah Sijil Pelajar Harapan.

 Nurul Asyikin mendapat Anugerah Bintang Pengetua (Gangsa).

 Wan Ahmad Faizal mendapat Anugerah Bintang Pengetua (Gangsa).

 Bolehkah kami duduk di atas kerusi merah ni cikgu? Soalan yang susah nak dijawab.

Nur Afiqah tak disangka-sangka mendapat Anugerah Bintang Pengetua (Perak).

No comments:

Post a Comment