Saturday 9 July 2016

Bulat, bulat, bulat

Tarikh: 30 Jun 2016 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Warga PPKI SMKPZ pada hari ini sangat bertuah kerana pihak Klinik Gigi Klinik Kesihatan Ampangan yang diketuai oleh Dr Siti Aishah dan Dr Siti Zainab serta beberapa orang jururawat telah sudi meluangkan masa mereka untuk mengajar cara menjaga kebersihan oral yang betul. Program bermula dengan teori cara memberus gigi yang betul diikuti dengan praktikal memberus gigi secara beramai-ramai.
Macam dalam kartun Upin Ipin tu, sesiapa yang hadir ke sekolah pada pagi ini mendapat sebatang berus gigi dan satu tiub ubat gigi.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Zakwan ada ada saja soalannya.

 Dr sedang menunjukkan cara memberus gigi dengan menggunakan model.

 Faizal cuba mengulang kembali cara menggosok gigi dengan betul.

 Surini gigih menunjuk kembali cara memberus gigi.

 Siapa lagi nak cuba?

 Berus dan ubat gigi sedang diedar.

 Praktikal memberus gigi.

 Macam tengok scene Seniman Bujang Lapok pun ada, scene beratur nak guna jamban.

 Cikgu Siti Khairanah merupakan guru yang bertanggungjawab menguruskan kad-kad rekod pergigian murid PPKI SMKPZ.

 Jangan makan buih pulak.

 Berus betul-betul.

Putihnya gigi, silau mata cikgu.

No comments:

Post a Comment