Saturday 9 July 2016

Hari Ketiga Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2016

Tarikh: 29 Jun 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Di hari ketiga berlangsung pula aktiviti yang berkaitan tema Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2016 iaitu 'Bila Tiba...' iaitu pengurusan jenazah. Dipimpin oleh Cikgu Mohd Abdullah, murid-murid telah didedahkan kepada proses pengurusan jenazah iaitu memandi, mengkafan, disolat dan pengebumian.
Saksikan rakaman 'yang sangat hampir kepada kita.'

 Abdul Hamas menjadi model.

 Menutup jenazah dengan kapas.

 Ikat kuat-kuat Faizal.

 Hampir siap dikafan.

 Sayu melihat rakan yang pergi meninggalkan kita.

 Solat jenazah sedang berlangsung.

 Mengusung ke tanah perkuburan.

 Mana Tok Adi tak sampai lagi?

No comments:

Post a Comment