Saturday 9 July 2016

Hari Keempat Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2016

Tarikh: 30 Jun 2016 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Setelah diputihkan gigi dengan aktiviti menggosoknya pada awal pagi tadi maka tibalah pula giliran untuk memutihkan muka dan tangan dengan bedak. Walaupun kita bertayamum dengan menggunakan debu tanah tetapi untuk aktiviti pembelajaran kita menggunakan bedak.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Cikgu Mohd Abdullah membimbing Adib bertayamum.

 Menipiskan debu.

 Khursairy makin putih.

 Cikgu Shariza membimbing Surini bertayamum.

 Nazilah turut mencuba.

Setelah selesai bertayamum, aktiviti Minggu Pendidikan Islam diteruskan lagi dengan Kuiz Pengetahuan Pendidikan Islam. Saksikan pertandingan yang sengit antara Kumpulan Zaitun dan Kumpulan Kurma.

 Para peserta mengambil tempat.

 Mana satu jawapan yang betul?

Entah la, masa buat soalan lupa pula buat jawapannya sekali.

Sapa tak datang sekolah hari ini memang rugi kerana pemberian duit raya kepada murid-murid PPKI oleh guru-guru, pembantu-pembantu pengurusan murid serta sebilangan penjaga telah dibuat pada hari ini.
Saksikan gambar mereka yang bertuah menerima duit raya pada tahun ini.

 Berkat membayar zakat pendapatan, ada rezeki untuk dikongsi bersama dengan anak-anak OKU walaupun dalam bentuk syiling.

 Gembira menerima duit raya.

Ehhh, tadi bukan dah ambik ka?

No comments:

Post a Comment