Sunday 6 September 2015

Majlis Penutup Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 4 September 2015 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Setelah seminggu sibuk dengan pelbagai pengisian untuk memupuk semangat patriotik di kalangan warga PPKI SMKPZ, maka tibalah kita di hari terakhir sambutan iaitu majlis penutup. Warga PPKI SMKPZ berasa sangat bertuah kerana Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ telah sudi hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.
Dalam ucapannya, beliau telah menekan betapa pelajar-pelajar PPKI SMKPZ harus merdeka dalam bentuk mereka tersendiri iaitu mampu berdikari untuk melakukan pelbagai perkara secara sendiri dan tidak terus-menerus bergantung kepada orang lain.
Sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan bersempena Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ, Puan Hajah Hamidah telah menandatangani sepanduk kemerdekaan yang dibuat oleh warga PPKI SMKPZ.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ.

 Puan Siti Norli mengecat tangan Faizal.

 Encik Mohd Abdullah membantu Faizal mengecap tangan.

 Puan Siti Norli mengecat tangan Ariff.

 Ariff dibantu guru-guru untuk mengecap tangan pada sepanduk kemerdekaan.

 Puan Siti Khairanah sedang membantu Surini mengecap tangan.

 Encik Mohd Abdullah dan Puan Wan Azlima mengawasi aktiviti membakar ubi kayu.

 Yap Pau Heng dibantu Puan Siti Khairanah mengecap tangan.

 Kayu apa pulak ni? Kaki aku!!!

 Faizal memotong kayu api.

 Puan Hasmah sedang memotong ubi kayu.

 Nur Hiyah memotong cili padi.

 Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas sedang menyampaikan ucapan semasa majlis penutup.

 Para pentadbir sekolah selaku tetamu kehormat.

 Berdebar-debar menunggu keputusan.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.

 Puan Hajah Hamidah sedang menandatangani sepanduk kemerdekaan.

 Faizal menerima hadiah pertandingan mewarna daripada Puan Pengetua.

 Fitri mewakili ahli-ahli kumpulan menerima hadiah kemenangan Pertandingan Explorace Kemerdekaan daripada Puan Pengetua.

 Nur Hiyah mewakili ahli-ahli kelas PPKI 2 menerima hadiah Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas Kemerdekaan daripada Puan Pengetua.

 Amir Azhad mewakili ahli-ahli kumpulannya untuk menerima hadiah Pertandingan Menghias Basikal Bertemakan Kemerdekaan.
 
 Puan Hasmah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Hajah Hamidah.

 Hello, ya Ismet mau, Ismet mau. Nanti besok Ismet datang ke kedai, pelabuhan atau gudang.

 Hamper dibuka dan dimakan bersama-sama.

 Menyaksikan filem Leftenan Adnan.

Encik Mohd Abdullah bergambar kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment