Wednesday 2 September 2015

Hari Kedua Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 1 September 2015 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini dua pertandingan telah diadakan bagi memeriahkan Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ. Pertandingan yang pertama ialah Eksplorasi Kemerdekaan yang dilaksanakan secara berkumpulan. Di dalam pertandingan tersebut semua kumpulan perlu melaksanakan beberapa tugasan seperti menyanyikan lagu-lagu patriotik, menjawab soalan-soalan dan mewarna logo sambutan kemerdekaan.
Pertandingan kedua yang dilaksanakan pula adalah secara individu iaitu pertandingan mewarna.
Saksikan laporan bergambar aktiviti yang sempat dirakam.

Fitri Azlan (kiri) dan ahli-ahli kumpulan menyanyikan lagu Jalur Gemilang di salah satu stesen eksplorasi.

Meriah dengan bendera.
 
Menjawab soalan-soalan berkaitan lagu yang dinyanyikan.
 
Mewarna logo Sehati Sejiwa.
 
Puan Siti Maizura mengadili nyanyian lagu Warisan di salah satu stesen eksplorasi
 
Surini (kiri) dan Aisyah dalam pertandingan mewarna.
 
Faizal kurang pasti dengan pilihan warna.

No comments:

Post a Comment