Wednesday 30 September 2015

Louder Box gagal menyerlah

Tarikh: 30 September 2015 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh.

Emak saya berasal dari Kampung Sungai Ayer Jernih, Gemencheh. Maka bolehlah dikatakan saya juga berasal dari sana. Rumah kampung arwah wan dan atuk saya masih ada di sana dan dihuni oleh keluarga pakcik saya, bersebelahan dengan salah sebuah sekolah kurang murid (SKM) iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Jernih.
Daerah Gemencheh terkenal dengan tanaman maman yang lazimnya dibuat rendang bersama dengan daging ayam, daging lembu atau pun ikan bilis. Harga maman boleh mencecah RM10 satu kilo pada musim-musim perayaan. Memang penat memilih daun maman ni yang kalau dibeli tak boleh disimpan lama dan perlu dimasak terus.
Kita tinggalkan cerita pasal Gemencheh dan mamannya kerana yang hendak diceritakan di sini ialah tentang penyertaan Louder Box rekaan murid PPKI SMKPZ iaitu Mohd Fitri bin Azlan di bawah bimbingan Encik, errr, Ustaz Mohd Abdullah bin Mohd Yusof di Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan di venue yang dinyatakan di atas.
Louder Box yang berfungsi untuk menguatkan bunyi daripada speaker telefon diperbuat daripada bahan-bahan terbuang iaitu kotak kasut, botol plastik dan surat khabar. Mungkin tahun depan kita boleh cuba dengan rekaan yang lebih hebat lagi.

 Fitri (duduk) dibimbing Ustaz Mohd Abdullah.

Louder Box di tengah-tengah tu.

Rekaan yang ringkas dan berfungsi.

No comments:

Post a Comment