Wednesday 2 September 2015

Hari Ketiga Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 2 September 2015 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ketiga Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ, tiga aktiviti telah dilaksanakan. Aktiviti pada hari ini lebih berbentuk memupuk kerjasama antara warganya dan bukan pertandingan. Untuk aktiviti yang pertama, beberapa murid yang berbakat telah dipilih untuk mewarnakan sepanduk kemerdekaan.
Aktiviti yang kedua pula lebih mencabar iaitu membakar ubi kayu dan menyediakan kopi o, sekaligus mengimbas makanan ruji warga Malaya ketika zaman penjajahan Jepun dahulu. Aktiviti yang terakhir pula ialah menyiapkan kraftangan Merdeka daripada kotak-kotak terbuang.
Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Puan Siti Khairanah sedang memberikan taklimat aktiviti.

 Melapik meja sebelum menghamparkan sepanduk kemerdekaan.

 Puan Sa'adiah membimbing murid mewarna sepanduk kemerdekaan.

 Cik Aishah membimbing Umi Aida mewarna sepanduk kemerdekaan.

 Adib (kiri) dan Shafiq Shafizan tekun mewarna sepanduk kemerdekaan.

 Mengutip kayu api untuk membakar ubi kayu.

 Puan Wan Azlima membimbing ahli-ahli kumpulan menyalakan unggun api.
 
 Dah menyala unggun api.

 Nur Hiyah menjaga api.

 Satihyasellon (kiri) dan rakan-rakan membahagikan ubi kayu bakar.

 Puan Siti Norli menjaga unggun api.

 Syahmi sedang makan ubi kayu bakar.

 Nur Hiyah sedang makan ubi kayu bakar.

 Puan Wan Azlima sedang mengagihkan ubi kayu bakar kepada Yap Pau Heng.

 Sedap! Kata Zairul (tengah) dan rakan-rakan.

 Afiqah Amin sedang minum kopi o.

 Dua Aishah sedang minum kopi o.

 Taklimat kraf tangan kemerdekaan oleh Puan Siti Khairanah.

 Menekap bentuk tangan pada kotak.

Puan Sharul Afizah membimbing Ariff mengunting bentuk tangan yang telah ditekap.

No comments:

Post a Comment