Wednesday, 30 September 2015

Louder Box gagal menyerlah

Tarikh: 30 September 2015 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh.

Emak saya berasal dari Kampung Sungai Ayer Jernih, Gemencheh. Maka bolehlah dikatakan saya juga berasal dari sana. Rumah kampung arwah wan dan atuk saya masih ada di sana dan dihuni oleh keluarga pakcik saya, bersebelahan dengan salah sebuah sekolah kurang murid (SKM) iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Jernih.
Daerah Gemencheh terkenal dengan tanaman maman yang lazimnya dibuat rendang bersama dengan daging ayam, daging lembu atau pun ikan bilis. Harga maman boleh mencecah RM10 satu kilo pada musim-musim perayaan. Memang penat memilih daun maman ni yang kalau dibeli tak boleh disimpan lama dan perlu dimasak terus.
Kita tinggalkan cerita pasal Gemencheh dan mamannya kerana yang hendak diceritakan di sini ialah tentang penyertaan Louder Box rekaan murid PPKI SMKPZ iaitu Mohd Fitri bin Azlan di bawah bimbingan Encik, errr, Ustaz Mohd Abdullah bin Mohd Yusof di Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan di venue yang dinyatakan di atas.
Louder Box yang berfungsi untuk menguatkan bunyi daripada speaker telefon diperbuat daripada bahan-bahan terbuang iaitu kotak kasut, botol plastik dan surat khabar. Mungkin tahun depan kita boleh cuba dengan rekaan yang lebih hebat lagi.

 Fitri (duduk) dibimbing Ustaz Mohd Abdullah.

Louder Box di tengah-tengah tu.

Rekaan yang ringkas dan berfungsi.

Pohon-Pohon SMKPZ Menangis...

Bermula semasa cuti antara penggal yang lalu, pihak Majlis Perbandaran Seremban telah menebang pokok-pokok yang berhampiran Blok PPKI SMKPZ dan garaj. Daripada satu segi agak sedih juga melihat pohon-pohon yang merendang tinggi yang menjadi tempat tupai-tupai dan burung-burung murai bersarang ditebang.
Namun apakan daya, kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan Blok PPKI SMKPZ dan garaj kereta serta ada yang telah mati menyebabkan pohon-pohon ini perlu ditebang atas isu keselamatan.
Teringat pula saya akan peristiwa sebilangan penuntut-penuntut Universiti Sains Malaysia yang menghimpun tandatangan untuk satu petisyen bagi menghalang penebangan beberapa pokok di Minden bagi memberi laluan kepada perarakan Sambutan Hari Kebangsaan beberapa tahun yang lalu.





Permainan boling bulan September 2015

Tarikh: 30 September 2015 (Rabu)
Masa: 10.30  pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Seremban Prima

Tinggal dua kali saja lagi aktiviti permainan boling untuk tahun ini. Cepat sungguh masa berlalu. Tak sabar rasanya untuk menikmati cuti akhir tahun bersama keluarga. Cuti hujung tahun ini mungkin ke Hello Kitty di Johor atau Tok Bali di Kelantan, tengoklah bajet nanti ada atau tidak bonus.
Eh, melalut pula saya di sini. Tatapi rakaman gambar aktiviti pada kali ini.

 Mana bola tak sampai sampai ni?

 Zul Amri (kiri) dan Nasrul menunggu giliran.

 Naqiuddin bersedia membuat leretan.

 Mengawasi murid-murid bermain boling.

 Syafiq membimbing Aishah membuat balingan.

 Tasneem menjadi johan pada kali ini untuk kategori lelaki..

Umi Dania menjadi johan pada kali ini untuk kategori perempuan.

Saturday, 12 September 2015

Majlis Penutup Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 11 September 2015 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Minggu PSS PPKI SMKPZ. Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas PPKI SMKPZ telah sudi merasmikan penutupan program dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang minggu ini.
Terima kasih kepada semua warga PPKI SMKPZ yang telah menjayakan Minggu PSS PPKI SMKPZ.

 Encik Mohd Abdullah mengacarakan majlis.

Berdebar-debar untuk mengetahui siapa yang menang.

Nazilah menerima hadiah daripada Puan Hasmah selaku pemenang pertandingan bercerita.

Hampir terjatuh hadiah yang diterima.

Satihyasellon turut memenangi hadiah dalam pertandingan bercerita.

Ain Syuhada memenangi hadiah pertandingan mewarna poster individu.

Faizal menerima hadiah mewakili kumpulannya untuk pertandingan explorace.

Adib menerima hadiah mewakili kumpulannya untuk pertandingan menghias poster kata-kata hikmat.

 Zainul menerima hadiah mewakili kumpulannya untuk pertandingan menghias poster kata-kata hikmat.

Tayangan filem Putih. Lama dah cerita ni. Kalau tak salah awal tahun 2000.

Hari Keempat Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 10 September 2015 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari keempat Minggu PSS PPKI SMKPZ telah diadakan dua pertandingan iaitu Pertandingan Mewarna Poster dan Kuiz Tonton & Menang.
Saksikan beberapa foto yang sempat dirakam.

 Mewarna poster.

 Danial tekun mewarna poster.

 Kuiz bermula.

 Dibahagikan kepada dua kumpulan besar.

 Puan Siti Maizura mengendalikan slot klip  dalam bahasa Melayu.

Puan Lim mengendalikan slot klip dalam bahasa Inggeris.

Wednesday, 9 September 2015

Hari Ketiga Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ

Tarikh: 9.9.2015 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Poster Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ. Murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan mereka telah bekerjasama untuk menyiapkan poster yang mengandungi kata-kata hikmat.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Teacher Lim membimbing kumpulannya.

 Adib (tengah) dan rakan-rakan menyiapkan poster.

 Syahmi mewarna gambar kumbang.

 Poster-poster kata-kata hikmat.

 Membuat pembentangan.

Amir cuba menjawab soalan.

Hari Kedua Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ

Tarikh: 8 September 2015 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah berlamgsung Pertandingan Eksplorasi Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka menyelesaikan tugasan dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Pertandingan seperti ini sangat bagus kerana ia dapat membina semangat kerjasama antara satu sama lain.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Fitri sedang membaca cerita.

 Zul Amri sedang membaca cerita.

 Ain Syuhada sedang membaca cerita.

 Puan Wan Azlima sedang menyoal.

 Naqiuddin sedang membaca cerita.

 Cari maksud 'rajin' dalam bahasa Inggeris pun tak jumpa jumpa.

 Encik Azean sedang menanyakan soalan. Motor dan skuter untuk dijual. Cash term only.

 Menyelesaikan teka silang kata.

Menyelesaikan teka silang kata

Perasmian Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ

Tarikh: 7 September 2015 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ bagi tahun 2015. Konsep pendidikan di alaf baru menekankan bahawa pusat sumber sesebuah sekolah terdiri daripada gabungan keseluruhan elemen-elemen di dalam sekolah dan bukan hanya perpustakaan seperti suatu ketika dulu.
Perasmian Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ telah disempurnakan oleh Penyelaras PPKI SMKPZ, Puan Nor Wahidah binti Jalil. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Encik Mohd Abdullah mempengerusikan majlis.

 Puan Nor Wahidah merasmikan Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ.
 
 Mengikuti ucapan Puan Nor Wahidah dengan penuh minat.

 Puan Siti Maizura menyampaikan taklimat aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ.

 Umi Aida menyertai pertandingan membaca cerita bercerita.

 Puan Sa'adiah (kanan) menjadi hakim.

 Nazilah menyertai pertandingan bercerita.

 Menonton filem "Penguin Of Madagascar".