Tarikh: 20 Februari 2013 (Rabu)
Masa: 1.00 petang hingga 2.15 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za’ba
Bermula dengan pendaftaran para penjaga pada jam 12.45 tengah hari di hadapan kelas PPKI 7, pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran yang amat menggalakkan pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat pada kali ini menyaksikan lebih 60% penjaga menghadiri mesyuarat yang bermula pada jam 1.00 petang.
Kerana pengerusi pada tahun 2012 iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Juri tidak dapat hadir pada mesyuarat pada petang ini maka Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan, naib pengerusi pada tahun 2012 telah mempengerusikan majlis.
Setelah pembubaran ajk tahun 2012/2013, maka pemilihan ajk tahun 2013/2014 pun berlangsung. Berikut ialah senarai AJK Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za’ba 2013/2014:
Penasihat: Tuan Haji Rosdin bin Kasim
Pengerusi: Encik Ibrahim bin Ismail
Naib Pengerusi: Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan
Setiausaha: Puan Hasmah binti Abu Bakar
Naib Setiausaha: Puan Siti Maizura binti Mansor
Bendahari: Puan Nor Wahidah binti Jalil
AJK:
1. Encik Wan Mohd Radzuan bin Yaacob
2. Puan Enkresnawati binti Nadzir
3. Encik Abd Mutalib bin Junid
4. Puan Siti Maimunah binti Abdullah (wakil
Asrama Kebajikan Taman Sinar Harapan)
5. Puan Padilah binti Ahmad
6. Lima wakil daripada kalangan guru-guru dan
pembantu pengurusan murid yang akan dilantik kemudian.
Tuan Pengetua kemudiannya telah menyampaikan sedikit taklimat berkaitan pengurusan sekolah kepada para penjaga yang hadir. Dalam taklimat beliau, terdapat beberapa perkara penting yang ditekankan. Antaranya ialah had pengeluaran elaun khas sebanyak RM300 bagi setiap 2 bulan dan kehadiran murid ke sekolah.
Setelah selesai mesyuarat, semua yang hadir menikmati sedikit kudapan berbentuk bihun goreng dan air mineral yang disediakan oleh pihak sekolah. Terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang hadir memberi sokongan.
Gambar: Pendaftaran para penjaga.
Gambar: Murid-murid menunggu di kelas PPKI 1.
Gambar: Seorang penjaga melontarkan idea beliau.
Gambar: Dari kiri, Tuan Pengetua, Puan Fathiyah, Puan Hasmah dan Puan Nor Wahidah.
Gambar: Tuan Pengetua sedang berucap.
Gambar: Sidang hadirin khusyuk mendengar taklimat Tuan Pengetua.
Gambar: Salam perkenalan daripada pengerusi yang baru.
No comments:
Post a Comment