Thursday 7 February 2013

Kejohanan Merentas Desa SMK Pendeta Za’ba



Tarikh: 07 Februari 2013 (Khamis)
Masa: 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat: SMK Pendeta Za’ba

Bermula dengan pendaftaran para peserta pada jam 2.00 petang di Dewan Seri Pendeta hinggalah ke majlis penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin bin Kasim yang berakhir pada jam 5.30 petang, kejohanan merentas desa sekolah pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah.

Saya pada tahun ini (seperti juga pada tahun lepas) telah ditugaskan untuk menjaga check point satu iaitu di simpang tiga yang menuju ke Kedai Ijan Burger. Dibantu oleh seorang anggota Rela dan Ustaz Safuan tidak banyak masalah yang dihadapi dan laluan trafik agak lancar. Cuaca juga agak redup dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Kalah atau menang adalah adat pertandingan seperti kalahnya rumah Merah kepada rumah Kuning untuk johan keseluruhan pada tahun ini. Untuk murid PPKI SMK Pendeta pula mereka telah dibahagikan kepada empat kategori itu Lelaki Kelas 1, Lelaki Kelas 2, Perempuan Kelas 1 dan Perempuan Kelas 2. 

Berikut adalah keputusan untuk kejohanan merentas desa pada kali ini:
Lelaki Kelas 1 johan Muhammad Idham bin Abd Halim (17 minit 9 saat), naib johan Muhammad Amirul Izwan bin Kamarudin dan ketiga Mohd Nazirul bin Narzri.
Lelaki Kelas 2 johan Mohamad Amirul Hisham bin Mat Zool, naib johan Muhammad Naqiuddin bin Samsuamri dan ketiga Mohammad Ikram bin Abdul Rahim.
Perempuan Kelas 1 johan Khairul Azlina binti Kamarazaman, naib johan Siti Azlina binti Basir dan ketiga Nur Diyana binti Othman.
Perempuan Kelas 2 johan Nor Amirah binti Mohd Ridzuan, naib johan Nurfatin Atikah binti Norhashim dan ketiga Nurul Syahida Fitri binti Mohammad Hew.

Tahniah kepada semua yang berjaya.

Gambar: Cikgu Azean sedang memberi nombor kepada Haziq.

Gambar: Guru-guru sedang membantu murid memasang nombor.

 Gambar: Aktiviti memanaskan badan.

Gambar: Bergambar sebelum berlepas.

Gambar: Pecutan dua sahabat.

 Gambar: Cikgu Hasmah ditemani oleh Fatin.

 Gambar: Anggota Rela membantu mengawal lalu-lintas.


 Gambar: Ramainya yang bertanding.

 Gambar: Tuan Pengetua turut berlari bersama-sama murid.

 Gambar: Walaupun tiba akhir sekali, Syahida tetap memenangi nombor tiga.

 Gambar: Majlis penyampaian hadiah bermula.

 Gambar: Ikram menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.

 Gambar: Azlina menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.

No comments:

Post a Comment