Wednesday 6 February 2013

Disangka tak berhadiah rupanya naib johan



Tarikh: 06 Februari 2013 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: SMK Pendeta Za’ba

Sewaktu penyampaian hadiah kepada kontijen-kontijen dalam pertandingan perarakan sempena Program Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat SMK Pendeta Za’ba pada pagi ini saya menyangka bahawa pihak yang menguruskan program telah terlupa untuk menyediakan hadiah saguhati kepada kontijen PPKI yang turut menyertai perarakan pada pagi ini. Setelah selesai hadiah-hadiah saguhati disampaikan kepada kontijen-kontijen yang tidak mendapat johan, naib johan atau tempat ketiga terdengar GPK HEM iaitu Tuan Haji Roslan bin Omar mengusik GPK Pendidikan Khas iaitu Puan Hasmah binti Abu Bakar dengan berkata, “Jangan-jangan PPKI jadi pemenang.”

Bila diumum tempat ketiga jatuh kepada kontijen Kadet Remaja Sekolah dah mula nampak air muka kontijen PPKI tanda kecewa takut-takut dilupakan hadiah cenderahati tapi bila diumumkan menjadi naib johan maka bersorak riang sampai tiga murid sekali ke hadapan untuk menerima hadiah. Johan pada pagi ini ialah kontijen Pertubuhan Bulan Sabit Merah yang akan mewakili sekolah ke Program Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Masjid Paroi Jaya pada hari Sabtu ini. Tahniah diucapkan!

 Gambar: Menerima hadiah dari Tuan Pengetua.

 Gambar: PBSM akan mewakili sekolah ke perarakan Maulidur Rasul di Masjid Paroi Jaya nanti.

Kalau kita kembali semula ke jam 7.30 pagi, Program Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat SMK Pendeta Za’ba telah dipengerusikan oleh Ustaz Nor Sharulazemi bin Mohamad. Ceramah Maulidur Rasul SAW kemudian disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Sophian bin Ismail. Beliau merupakan bekas guru agama yang pernah mendidik murid-murid di SMK Pendeta Za’ba sehingga hujung tahun 2012. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan sungguh bersemangat dan padat dengan nasihat.

 Gambar: Ustaz Mohd Sophian bin Ismail menyampaikan ceramah dengan bersahaja.

 Gambar: Kontijen PPKI betul-betul depan pentas utama.

 Gambar: Guru-guru tekun mendengar ceramah.

Dalam ceramah beliau ada peringatan tentang satu hadis Nabi Muhammad SAW tentang kesukaran hidup kita untuk mengamalkan Islam pada masa kini iaitu seolah-olah mengenggam bara api. Walau sesukar mana pun haruslah kita mengamalkan amalan yang dianjurkan oleh Islam.

Setelah selesai ceramah beliau maka bermulalah perarakan Maulidur Rasul SAW. Diketuai oleh barisan pentadbir, kontijen-kontijen kemudian mula berarak keluar dari tempat perhimpunan, melalui padang sekolah, mengelilingi kawasan luar dewan dan berakhir di tempat perhimpunan. Sambil berarak semua kontijen berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

 Gambar: Rugikan jadi cameraman, asyik ambil gambar orang gambar sendiri tak ada.

 Gambar: Perarakan bermula.

 Gambar: Siap ada bunga manggar, mana pengantinnya?

 Gambar: Yang ni pun ada bunga manggar, pengantin saja yang tak nampak.

 Gambar: Barisan pentadbir, cuba cari mana Cikgu Hasmah.
 
Yang Berusaha Tuan Pengetua kemudiannya telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan program tamat pada jam 9.30 pagi. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment