Monday, 25 February 2013

Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI 2013/2014


Tarikh: 20 Februari 2013 (Rabu)

Masa: 1.00 petang hingga 2.15 petang

Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za’ba

Bermula dengan pendaftaran para penjaga pada jam 12.45 tengah hari di hadapan kelas PPKI 7, pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran yang amat menggalakkan pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat pada kali ini menyaksikan lebih 60% penjaga menghadiri mesyuarat yang bermula pada jam 1.00 petang.

Kerana pengerusi pada tahun 2012 iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Juri tidak dapat hadir pada mesyuarat pada petang ini maka Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan, naib pengerusi pada tahun 2012 telah mempengerusikan majlis.

Setelah pembubaran ajk tahun 2012/2013, maka pemilihan ajk tahun 2013/2014 pun berlangsung. Berikut ialah senarai AJK Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za’ba 2013/2014:

Penasihat: Tuan Haji Rosdin bin Kasim

Pengerusi: Encik Ibrahim bin Ismail

Naib Pengerusi: Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan

Setiausaha: Puan Hasmah binti Abu Bakar

Naib Setiausaha: Puan Siti Maizura binti Mansor

Bendahari: Puan Nor Wahidah binti Jalil

AJK:

1.      Encik Wan Mohd Radzuan bin Yaacob

2.      Puan Enkresnawati binti Nadzir

3.      Encik Abd Mutalib bin Junid

4.      Puan Siti Maimunah binti Abdullah (wakil Asrama Kebajikan Taman Sinar Harapan)

5.      Puan Padilah binti Ahmad

6.      Lima wakil daripada kalangan guru-guru dan pembantu pengurusan murid yang akan dilantik kemudian.

Tuan Pengetua kemudiannya telah menyampaikan sedikit taklimat berkaitan pengurusan sekolah kepada para penjaga yang hadir. Dalam taklimat beliau, terdapat beberapa perkara penting yang ditekankan. Antaranya ialah had pengeluaran elaun khas sebanyak RM300 bagi setiap 2 bulan dan kehadiran murid ke sekolah.

Setelah selesai mesyuarat, semua yang hadir menikmati sedikit kudapan berbentuk bihun goreng dan air mineral yang disediakan oleh pihak sekolah. Terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang hadir memberi sokongan.

Gambar: Pendaftaran para penjaga.
 
Gambar: Murid-murid menunggu di kelas PPKI 1.
 
Gambar: Seorang penjaga melontarkan idea beliau.
 
Gambar: Dari kiri, Tuan Pengetua, Puan Fathiyah, Puan Hasmah dan Puan Nor Wahidah.
 
Gambar: Tuan Pengetua sedang berucap.
 
Gambar: Sidang hadirin khusyuk mendengar taklimat Tuan Pengetua.
 
Gambar: Salam perkenalan daripada pengerusi yang baru.
 
 
 
 


 
 



Thursday, 7 February 2013

Kejohanan Merentas Desa SMK Pendeta Za’ba



Tarikh: 07 Februari 2013 (Khamis)
Masa: 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat: SMK Pendeta Za’ba

Bermula dengan pendaftaran para peserta pada jam 2.00 petang di Dewan Seri Pendeta hinggalah ke majlis penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin bin Kasim yang berakhir pada jam 5.30 petang, kejohanan merentas desa sekolah pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah.

Saya pada tahun ini (seperti juga pada tahun lepas) telah ditugaskan untuk menjaga check point satu iaitu di simpang tiga yang menuju ke Kedai Ijan Burger. Dibantu oleh seorang anggota Rela dan Ustaz Safuan tidak banyak masalah yang dihadapi dan laluan trafik agak lancar. Cuaca juga agak redup dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Kalah atau menang adalah adat pertandingan seperti kalahnya rumah Merah kepada rumah Kuning untuk johan keseluruhan pada tahun ini. Untuk murid PPKI SMK Pendeta pula mereka telah dibahagikan kepada empat kategori itu Lelaki Kelas 1, Lelaki Kelas 2, Perempuan Kelas 1 dan Perempuan Kelas 2. 

Berikut adalah keputusan untuk kejohanan merentas desa pada kali ini:
Lelaki Kelas 1 johan Muhammad Idham bin Abd Halim (17 minit 9 saat), naib johan Muhammad Amirul Izwan bin Kamarudin dan ketiga Mohd Nazirul bin Narzri.
Lelaki Kelas 2 johan Mohamad Amirul Hisham bin Mat Zool, naib johan Muhammad Naqiuddin bin Samsuamri dan ketiga Mohammad Ikram bin Abdul Rahim.
Perempuan Kelas 1 johan Khairul Azlina binti Kamarazaman, naib johan Siti Azlina binti Basir dan ketiga Nur Diyana binti Othman.
Perempuan Kelas 2 johan Nor Amirah binti Mohd Ridzuan, naib johan Nurfatin Atikah binti Norhashim dan ketiga Nurul Syahida Fitri binti Mohammad Hew.

Tahniah kepada semua yang berjaya.

Gambar: Cikgu Azean sedang memberi nombor kepada Haziq.

Gambar: Guru-guru sedang membantu murid memasang nombor.

 Gambar: Aktiviti memanaskan badan.

Gambar: Bergambar sebelum berlepas.

Gambar: Pecutan dua sahabat.

 Gambar: Cikgu Hasmah ditemani oleh Fatin.

 Gambar: Anggota Rela membantu mengawal lalu-lintas.


 Gambar: Ramainya yang bertanding.

 Gambar: Tuan Pengetua turut berlari bersama-sama murid.

 Gambar: Walaupun tiba akhir sekali, Syahida tetap memenangi nombor tiga.

 Gambar: Majlis penyampaian hadiah bermula.

 Gambar: Ikram menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.

 Gambar: Azlina menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.

Wednesday, 6 February 2013

Disangka tak berhadiah rupanya naib johan



Tarikh: 06 Februari 2013 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: SMK Pendeta Za’ba

Sewaktu penyampaian hadiah kepada kontijen-kontijen dalam pertandingan perarakan sempena Program Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat SMK Pendeta Za’ba pada pagi ini saya menyangka bahawa pihak yang menguruskan program telah terlupa untuk menyediakan hadiah saguhati kepada kontijen PPKI yang turut menyertai perarakan pada pagi ini. Setelah selesai hadiah-hadiah saguhati disampaikan kepada kontijen-kontijen yang tidak mendapat johan, naib johan atau tempat ketiga terdengar GPK HEM iaitu Tuan Haji Roslan bin Omar mengusik GPK Pendidikan Khas iaitu Puan Hasmah binti Abu Bakar dengan berkata, “Jangan-jangan PPKI jadi pemenang.”

Bila diumum tempat ketiga jatuh kepada kontijen Kadet Remaja Sekolah dah mula nampak air muka kontijen PPKI tanda kecewa takut-takut dilupakan hadiah cenderahati tapi bila diumumkan menjadi naib johan maka bersorak riang sampai tiga murid sekali ke hadapan untuk menerima hadiah. Johan pada pagi ini ialah kontijen Pertubuhan Bulan Sabit Merah yang akan mewakili sekolah ke Program Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Masjid Paroi Jaya pada hari Sabtu ini. Tahniah diucapkan!

 Gambar: Menerima hadiah dari Tuan Pengetua.

 Gambar: PBSM akan mewakili sekolah ke perarakan Maulidur Rasul di Masjid Paroi Jaya nanti.

Kalau kita kembali semula ke jam 7.30 pagi, Program Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat SMK Pendeta Za’ba telah dipengerusikan oleh Ustaz Nor Sharulazemi bin Mohamad. Ceramah Maulidur Rasul SAW kemudian disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Sophian bin Ismail. Beliau merupakan bekas guru agama yang pernah mendidik murid-murid di SMK Pendeta Za’ba sehingga hujung tahun 2012. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan sungguh bersemangat dan padat dengan nasihat.

 Gambar: Ustaz Mohd Sophian bin Ismail menyampaikan ceramah dengan bersahaja.

 Gambar: Kontijen PPKI betul-betul depan pentas utama.

 Gambar: Guru-guru tekun mendengar ceramah.

Dalam ceramah beliau ada peringatan tentang satu hadis Nabi Muhammad SAW tentang kesukaran hidup kita untuk mengamalkan Islam pada masa kini iaitu seolah-olah mengenggam bara api. Walau sesukar mana pun haruslah kita mengamalkan amalan yang dianjurkan oleh Islam.

Setelah selesai ceramah beliau maka bermulalah perarakan Maulidur Rasul SAW. Diketuai oleh barisan pentadbir, kontijen-kontijen kemudian mula berarak keluar dari tempat perhimpunan, melalui padang sekolah, mengelilingi kawasan luar dewan dan berakhir di tempat perhimpunan. Sambil berarak semua kontijen berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

 Gambar: Rugikan jadi cameraman, asyik ambil gambar orang gambar sendiri tak ada.

 Gambar: Perarakan bermula.

 Gambar: Siap ada bunga manggar, mana pengantinnya?

 Gambar: Yang ni pun ada bunga manggar, pengantin saja yang tak nampak.

 Gambar: Barisan pentadbir, cuba cari mana Cikgu Hasmah.
 
Yang Berusaha Tuan Pengetua kemudiannya telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dan program tamat pada jam 9.30 pagi. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Monday, 4 February 2013

Allah kasih Muhammad sayang

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat SMK Pendeta Za'ba pada hari esok (Rabu, 6 Februari 2013) kami tidak ketinggalan menyediakan kontijen. Menurut tentatif program yang akan berlangsung pada esok hari, setelah tamat ceramah oleh penceramah jemputan, akan berlangsung perarakan oleh badan-badan beruniform.

Gambar: Guru-guru sedang menyiapkan sepanduk untuk perarakan.

Gambar: Murid-murid sedang berlatih untuk berarak dan berselawat.