Sunday, 6 September 2015

Majlis Penutup Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 4 September 2015 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Setelah seminggu sibuk dengan pelbagai pengisian untuk memupuk semangat patriotik di kalangan warga PPKI SMKPZ, maka tibalah kita di hari terakhir sambutan iaitu majlis penutup. Warga PPKI SMKPZ berasa sangat bertuah kerana Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ telah sudi hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.
Dalam ucapannya, beliau telah menekan betapa pelajar-pelajar PPKI SMKPZ harus merdeka dalam bentuk mereka tersendiri iaitu mampu berdikari untuk melakukan pelbagai perkara secara sendiri dan tidak terus-menerus bergantung kepada orang lain.
Sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan bersempena Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ, Puan Hajah Hamidah telah menandatangani sepanduk kemerdekaan yang dibuat oleh warga PPKI SMKPZ.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ.

 Puan Siti Norli mengecat tangan Faizal.

 Encik Mohd Abdullah membantu Faizal mengecap tangan.

 Puan Siti Norli mengecat tangan Ariff.

 Ariff dibantu guru-guru untuk mengecap tangan pada sepanduk kemerdekaan.

 Puan Siti Khairanah sedang membantu Surini mengecap tangan.

 Encik Mohd Abdullah dan Puan Wan Azlima mengawasi aktiviti membakar ubi kayu.

 Yap Pau Heng dibantu Puan Siti Khairanah mengecap tangan.

 Kayu apa pulak ni? Kaki aku!!!

 Faizal memotong kayu api.

 Puan Hasmah sedang memotong ubi kayu.

 Nur Hiyah memotong cili padi.

 Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas sedang menyampaikan ucapan semasa majlis penutup.

 Para pentadbir sekolah selaku tetamu kehormat.

 Berdebar-debar menunggu keputusan.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.

 Puan Hajah Hamidah sedang menandatangani sepanduk kemerdekaan.

 Faizal menerima hadiah pertandingan mewarna daripada Puan Pengetua.

 Fitri mewakili ahli-ahli kumpulan menerima hadiah kemenangan Pertandingan Explorace Kemerdekaan daripada Puan Pengetua.

 Nur Hiyah mewakili ahli-ahli kelas PPKI 2 menerima hadiah Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas Kemerdekaan daripada Puan Pengetua.

 Amir Azhad mewakili ahli-ahli kumpulannya untuk menerima hadiah Pertandingan Menghias Basikal Bertemakan Kemerdekaan.
 
 Puan Hasmah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Hajah Hamidah.

 Hello, ya Ismet mau, Ismet mau. Nanti besok Ismet datang ke kedai, pelabuhan atau gudang.

 Hamper dibuka dan dimakan bersama-sama.

 Menyaksikan filem Leftenan Adnan.

Encik Mohd Abdullah bergambar kenang-kenangan.

Hari Keempat Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 3 September 2015 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari keempat Sambutan Bulan Kemerdekaan PPKI SMKPZ, telah diadakan Pertandingan Menghias Basikal Bertemakan Kemerdekaan Malaysia. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan dibimbing oleh guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid untuk menghias basikal seberapa kreatif yang boleh. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi meminjamkan basikal mereka untuk menjayakan pertandingan ini.

 Shafiq sedang melilit bunga di ranting basikal.

 Satu saja bendera? Baru start la cikgu.

 Syaikirin (kanan) sedang menyusun bendera.

 Cik Aishah dan gengnya.

 Anas (kiri) dan Tasniim menghias basikal.

 Kumpulan bimbingan Teacher Lim.

 Kumpulan bimbingan Puan Wan Azlima.

 Amir bakal mengayuh basikal kumpulannya.

 Fuh, penat hias basikal ni. Kesian, tak ada yang sudi bergambar dengannya.

 Kumpulan Puan Siti Maizura dan basikal mereka.

 Berarak di depan Blok PPKI SMKPZ.

 Berarak di depan Blok PPKI SMKPZ.

 Berarak di depan Blok PPKI SMKPZ.

 Merdeka!!!

 Puan Hasmah dan Encik Azean mengadili basikal-basikal yang dihias.

 Hmmm, kelas ni boleh menang ni. Kata Encik Azean yang menghakimi pertandingan kebersihan dan keceriaan kemerdekaan kelas.

Wednesday, 2 September 2015

Hari Ketiga Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 2 September 2015 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ketiga Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ, tiga aktiviti telah dilaksanakan. Aktiviti pada hari ini lebih berbentuk memupuk kerjasama antara warganya dan bukan pertandingan. Untuk aktiviti yang pertama, beberapa murid yang berbakat telah dipilih untuk mewarnakan sepanduk kemerdekaan.
Aktiviti yang kedua pula lebih mencabar iaitu membakar ubi kayu dan menyediakan kopi o, sekaligus mengimbas makanan ruji warga Malaya ketika zaman penjajahan Jepun dahulu. Aktiviti yang terakhir pula ialah menyiapkan kraftangan Merdeka daripada kotak-kotak terbuang.
Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Puan Siti Khairanah sedang memberikan taklimat aktiviti.

 Melapik meja sebelum menghamparkan sepanduk kemerdekaan.

 Puan Sa'adiah membimbing murid mewarna sepanduk kemerdekaan.

 Cik Aishah membimbing Umi Aida mewarna sepanduk kemerdekaan.

 Adib (kiri) dan Shafiq Shafizan tekun mewarna sepanduk kemerdekaan.

 Mengutip kayu api untuk membakar ubi kayu.

 Puan Wan Azlima membimbing ahli-ahli kumpulan menyalakan unggun api.
 
 Dah menyala unggun api.

 Nur Hiyah menjaga api.

 Satihyasellon (kiri) dan rakan-rakan membahagikan ubi kayu bakar.

 Puan Siti Norli menjaga unggun api.

 Syahmi sedang makan ubi kayu bakar.

 Nur Hiyah sedang makan ubi kayu bakar.

 Puan Wan Azlima sedang mengagihkan ubi kayu bakar kepada Yap Pau Heng.

 Sedap! Kata Zairul (tengah) dan rakan-rakan.

 Afiqah Amin sedang minum kopi o.

 Dua Aishah sedang minum kopi o.

 Taklimat kraf tangan kemerdekaan oleh Puan Siti Khairanah.

 Menekap bentuk tangan pada kotak.

Puan Sharul Afizah membimbing Ariff mengunting bentuk tangan yang telah ditekap.