Wednesday, 8 October 2014

Hari Ketiga Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: Khamis, 9 Oktober 2014
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari ketiga Minggu PSS PPKI SMKPZ. Pada pukul 10.00 pagi telah diadakan Pertandingan Mewarna dan Mengisi Tempat Kosong Di Dalam Perenggan. Pada jam 12.00 tengah hari pula telah diadakan Kuiz PSS.
Saksikan rakaman gambar wartawan lokasi.

 Anas menceritakan kembali salah satu buku yang pernah dibacanya iaitu Sang Kancil dan Buaya.

 Cikgu Sa'adiah mengedarkan bahan-bahan pertandingan.

 Faris mula mewarna.

 Syafiq bertanyakan warna yang bersesuaian untuk mewarna rumput.

 Zakwan gigih mencari jawapan.

 Zainul memilih warna kegemaran.

 Pertandingan kuiz bermula.

 Pertandingan kuiz berlangsung dengan sengit.

Terima kasih Ustazah Nor Aisah binti Abbas

Ustazah Nor Aisah binti Abbas (kiri) bergambar kenang-kenangan bersama GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar.
 
Pada hari ini telah diadakan satu majlis perpisahan untuk Ustazah Nor Aisah binti Abbas yang bertukar ke sekolah lain.Setelah 17 tahun berkhidmat di SMK Pendeta Za'ba, Ustazah Nor Aisah binti Abbas mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua kerana bertukar ke SMK Seri Ampangan. Di SMK Pendeta Za'ba,selain mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, beliau yang turut menyumbang bakti sebagai Setiausaha Peperiksaan, guru disiplin dan guru pembimbing bola baling.
Warga SMK Pendeta Za'ba ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

Tuesday, 7 October 2014

Hari Kedua Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: Rabu, 8 Oktober 2014
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari kedua Minggu PSS PPKI SMKPZ. Pada pukul 10.00 pagi telah diadakan Pertandingan Explore Race. Pada jam 1.40 petang pula diadakan pula aktiviti membuat dan menghias penanda buku.
Saksikan rakaman gambar wartawan lokasi.

Belum pun bermula pertandingan telah ada bantahan dibuat oleh juri-juri pertandingan. Selalunya yang membantah adalah daripada kalangan peserta, kali ini juri. Keh, keh, keh!

Para peserta tercengang-cengang melihat perbalahan di kalangan juri.

Cikgu Wahidah memberi penerangan pelaksanaan pertandingan. Salah seorang peserta telah tertidur kerana main game sehingga lewat malam.

Cikgu Siti Khairanah memberi penerangan di stesen menyusun puzzle.

Ahli-ahli Kumpulan 6 mula menyusun puzzle.

Amirul Izwan cuba mengajuk gaya gambar yang terpapar di kad kilat.

Ahli-ahli Kumpulan 3 cuba menyusun semula kad-kad perkataan untuk membentuk ayat yang bermakna.

Mohd Fithri sedang menyalin perenggan daripada buku.

Cikgu Siti Norli sedang menanda jawapan Kumpulan 5.

Cikgu Lim Pei Kuan memberi penerangan cara untuk membuat penanda buku kepada ahli-ahli kelas PPKI 6.

Ummi Aida tekun menghias penanda buku beliau.

Monday, 6 October 2014

Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ

Tarikh: Selasa, 7 Oktober 2014
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Minggu ini adalah Minggu Pusat Sumber PPKI SMKPZ. Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan PPKI telah merasmikan program ini. Setelah itu, diadakan pula pertandingan poster antara kelas-kelas. Saksikan rakaman yang sempat dirakam wartawan lokasi.

Cikgu Abdullah mempengerusikan majlis.

Puan Hasmah merasmikan program.

Cikgu Nor Wahidah sedang memberi taklimat pertandingan poster.

Cikgu Lim Pei Kuan membahagikan tugasan antara ahli-ahli kelas PPKI 6.

Cikgu Siti Khairanah membimbing ahli-ahli kelas PPKI 7.

Cikgu Saadiah membimbing ahli-ahli kelas PPKI 3.
 
Ahli-ahli kelas PPKI 2 menghias poster.
 
Cikgu Siti Maizura membimbing ahli-ahli kelas PPKI 4.
 
 Cikgu Siti Norli berbincang dengan ahli-ahli kelas PPKI 1.

Mohd Fithri berfikir sebelum mewarna.
 
Ahli-ahli kelas PPKI 4 gigih mewarna poster.
 
Ahli-ahli kelas PPKI 6 berbangga dengan poster mereka.

Minggu Pendidikan Khas SARANA SMK Taman Tuanku Jaafar PPKI

Tarikh: 22 hingga 25 September 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat:SMK Taman Tuanku Jaafar

PPKI SMKPZ telah menyertai beberapa pertandingan bersempena dengan program di atas. Dalam pertandingan kolaj bermasalah pembelajaran sekolah menengah yang diadakan pada 22 September, wakil PPKI SMKPZ iaitu Mohd Fithri bin Nizar, Nur Afiqah binti Mohd Amin dan Umi Aida binti Zainuddin telah berjaya memenangi tempat pertama.

Dalam pertandingan futsal bermasalah pembelajaran sekolah menengah lelaki yang diadakan pada 23 September, pasukan PPKI SMKPZ telah menjadi naib johan setelah tewas kepada pasukan PPKI SMK Panchor dengan jaringan 1 berbalas 2.

Dalam pertandingan petanque bermasalah pembelajaran sekolah menengah lelaki yang diadakan pada 25 September, Mohd Fithri bin Nizar telah mendapat tempat keempat setelah tewas kepada wakil SMK Taman Tuanku Jaafar. Bagi kategori perempuan pula, Nur Hiyah binti Ismail kandas di peringkat kumpulan apabila hanya memenangi dua daripada empat perlawanan.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam wartawan lokasi.

Wah, cantik sepanduk!
 
Nur Hiyah membuat lontaran.

Fithri (berdiri) memerhatikan arbiter mengukur jarak boule-boule dengan jack.

Pertandingan Membuat Penanda Buku Minggu Kemerdekaan SMKPZ

Tarikh: Rabu, 24 September 2014
Masa: 1.20 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Kelas-kelas PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Membuat Penanda Buku Minggu Kemerdekaan SMKPZ Kategori Murid-Murid PPKI. Saksikanlah rakaman sepanjang berlangsungnya pertandingan berkenaan.

Zawani mewarna gambar bunga.

Faris (kanan) dan Haziq berbincang bagaimana untuk menghias penanda buku.

Nazir daripada Bahagian Pendidikan Khas (berbaju oren) memerhatikan Anas menghias penanda bukunya.

Amirul dibimbing Cikgu Siti Khairanah menghias penanda bukunya.

Cikgu Siti Khairanah sedang memilih pemenang.

Garisan Keselamatan Blok PPKI SMKPZ

Tarikh: Isnin, 15 September 2014
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid telah bergotong-royong membuat garisan keselamatan di sekeliling Blok PPKI SMKPZ. Saksikanlah rakaman wartawan lokasi.

Payung digunakan untuk melindungi kepanasan matahari.

Cat dibuat beberapa lapisan.

Baju tajaan Kemerdekaan Ke-57 dipakai, kalau terkena cat tak ralat kerana baju free.

Cikgu Maizura (kiri) dan Cikgu Saadiah tekun mengecat.

Cikgu Abdullah gigih mengecat.

Cikgu Azean dan Cikgu Azlima membuat garisan dengan menggunakan pita pelekat.

Idham (berbaju belang) diselia oleh Cikgu Abdullah.

Cikgu Wahidah (berseluar putih) menyapu cat lapisan kedua.