Tuesday 7 October 2014

Hari Kedua Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: Rabu, 8 Oktober 2014
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari kedua Minggu PSS PPKI SMKPZ. Pada pukul 10.00 pagi telah diadakan Pertandingan Explore Race. Pada jam 1.40 petang pula diadakan pula aktiviti membuat dan menghias penanda buku.
Saksikan rakaman gambar wartawan lokasi.

Belum pun bermula pertandingan telah ada bantahan dibuat oleh juri-juri pertandingan. Selalunya yang membantah adalah daripada kalangan peserta, kali ini juri. Keh, keh, keh!

Para peserta tercengang-cengang melihat perbalahan di kalangan juri.

Cikgu Wahidah memberi penerangan pelaksanaan pertandingan. Salah seorang peserta telah tertidur kerana main game sehingga lewat malam.

Cikgu Siti Khairanah memberi penerangan di stesen menyusun puzzle.

Ahli-ahli Kumpulan 6 mula menyusun puzzle.

Amirul Izwan cuba mengajuk gaya gambar yang terpapar di kad kilat.

Ahli-ahli Kumpulan 3 cuba menyusun semula kad-kad perkataan untuk membentuk ayat yang bermakna.

Mohd Fithri sedang menyalin perenggan daripada buku.

Cikgu Siti Norli sedang menanda jawapan Kumpulan 5.

Cikgu Lim Pei Kuan memberi penerangan cara untuk membuat penanda buku kepada ahli-ahli kelas PPKI 6.

Ummi Aida tekun menghias penanda buku beliau.

No comments:

Post a Comment