Monday 6 October 2014

Minggu Pendidikan Khas SARANA SMK Taman Tuanku Jaafar PPKI

Tarikh: 22 hingga 25 September 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat:SMK Taman Tuanku Jaafar

PPKI SMKPZ telah menyertai beberapa pertandingan bersempena dengan program di atas. Dalam pertandingan kolaj bermasalah pembelajaran sekolah menengah yang diadakan pada 22 September, wakil PPKI SMKPZ iaitu Mohd Fithri bin Nizar, Nur Afiqah binti Mohd Amin dan Umi Aida binti Zainuddin telah berjaya memenangi tempat pertama.

Dalam pertandingan futsal bermasalah pembelajaran sekolah menengah lelaki yang diadakan pada 23 September, pasukan PPKI SMKPZ telah menjadi naib johan setelah tewas kepada pasukan PPKI SMK Panchor dengan jaringan 1 berbalas 2.

Dalam pertandingan petanque bermasalah pembelajaran sekolah menengah lelaki yang diadakan pada 25 September, Mohd Fithri bin Nizar telah mendapat tempat keempat setelah tewas kepada wakil SMK Taman Tuanku Jaafar. Bagi kategori perempuan pula, Nur Hiyah binti Ismail kandas di peringkat kumpulan apabila hanya memenangi dua daripada empat perlawanan.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam wartawan lokasi.

Wah, cantik sepanduk!
 
Nur Hiyah membuat lontaran.

Fithri (berdiri) memerhatikan arbiter mengukur jarak boule-boule dengan jack.

No comments:

Post a Comment