Monday, 6 October 2014

Minggu Pendidikan Khas SARANA SMK Taman Tuanku Jaafar PPKI

Tarikh: 22 hingga 25 September 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat:SMK Taman Tuanku Jaafar

PPKI SMKPZ telah menyertai beberapa pertandingan bersempena dengan program di atas. Dalam pertandingan kolaj bermasalah pembelajaran sekolah menengah yang diadakan pada 22 September, wakil PPKI SMKPZ iaitu Mohd Fithri bin Nizar, Nur Afiqah binti Mohd Amin dan Umi Aida binti Zainuddin telah berjaya memenangi tempat pertama.

Dalam pertandingan futsal bermasalah pembelajaran sekolah menengah lelaki yang diadakan pada 23 September, pasukan PPKI SMKPZ telah menjadi naib johan setelah tewas kepada pasukan PPKI SMK Panchor dengan jaringan 1 berbalas 2.

Dalam pertandingan petanque bermasalah pembelajaran sekolah menengah lelaki yang diadakan pada 25 September, Mohd Fithri bin Nizar telah mendapat tempat keempat setelah tewas kepada wakil SMK Taman Tuanku Jaafar. Bagi kategori perempuan pula, Nur Hiyah binti Ismail kandas di peringkat kumpulan apabila hanya memenangi dua daripada empat perlawanan.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam wartawan lokasi.

Wah, cantik sepanduk!
 
Nur Hiyah membuat lontaran.

Fithri (berdiri) memerhatikan arbiter mengukur jarak boule-boule dengan jack.

Pertandingan Membuat Penanda Buku Minggu Kemerdekaan SMKPZ

Tarikh: Rabu, 24 September 2014
Masa: 1.20 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Kelas-kelas PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Membuat Penanda Buku Minggu Kemerdekaan SMKPZ Kategori Murid-Murid PPKI. Saksikanlah rakaman sepanjang berlangsungnya pertandingan berkenaan.

Zawani mewarna gambar bunga.

Faris (kanan) dan Haziq berbincang bagaimana untuk menghias penanda buku.

Nazir daripada Bahagian Pendidikan Khas (berbaju oren) memerhatikan Anas menghias penanda bukunya.

Amirul dibimbing Cikgu Siti Khairanah menghias penanda bukunya.

Cikgu Siti Khairanah sedang memilih pemenang.

Garisan Keselamatan Blok PPKI SMKPZ

Tarikh: Isnin, 15 September 2014
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid telah bergotong-royong membuat garisan keselamatan di sekeliling Blok PPKI SMKPZ. Saksikanlah rakaman wartawan lokasi.

Payung digunakan untuk melindungi kepanasan matahari.

Cat dibuat beberapa lapisan.

Baju tajaan Kemerdekaan Ke-57 dipakai, kalau terkena cat tak ralat kerana baju free.

Cikgu Maizura (kiri) dan Cikgu Saadiah tekun mengecat.

Cikgu Abdullah gigih mengecat.

Cikgu Azean dan Cikgu Azlima membuat garisan dengan menggunakan pita pelekat.

Idham (berbaju belang) diselia oleh Cikgu Abdullah.

Cikgu Wahidah (berseluar putih) menyapu cat lapisan kedua.

Monday, 22 September 2014

Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2014

Tarikh: Sabtu, 13 September 2014
Masa: 7.45 pagi hingga 3.30 petang
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah ini telah diadakan Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2014 di SMK Pendeta Za'ba. Beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan nyanyian lagu-lagu asli untuk murid kategori bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran, pertandingan mewarna batik untuk murid kategori bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran serta pertandingan menganyam bakul untuk murid kategori bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Majlis penutup telah diadakan pada jam 2.00 petang yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ipun binti Shamsuddin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Tahniah kepada Muhammad Faris bin Muhayuddin yang telah menjulang nama SMK Pendeta Za'ba selaku johan pertandingan nyanyian lagu asli lelaki kategori bermasalah pembelajaran.

Pengacara majlis membacakan syarat pertandingan nyanyian lagu asli.

Pertandingan nyanyian lagu asli sedang berlangsung.

Tauke PA System, Encik Roslan dan saya selaku stage manager.

Pertandingan mewarna batik sedang berlangsung.

Seorang peserta sedang membancuh warna.

Pertandingan menganyam bakul.

Kalau saya la yang buat, satu minggu pun belum tentu siap.

Puan Hasmah (tengah) sedang berbincang dengan pengacara majlis penutup.

Hasil kerja pemenang sedang diamati oleh orang ramai.

Cantik sungguh anyaman bakul.

Kumpulan Kesenian SMK Pendeta Za'ba, Selendang Pendeta sedang menghiburkan penonton.

Penonton menghayati persembahan tarian penutup.

Lagu Patah Hati membawa tuah kepada Faris.

Faris menyampaikan lagu Patah Hati.

Para VIP bergambar kenangan.

Stage manager bergambar kenangan di hadapan banner karnival.

Persediaan Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas

Pada tahun ini SMK Pendeta Za'aba telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2014.

Saksikan aktiviti-aktiviti persediaan acara tersebut pada hari Jumaat, 12 September 2014.

Mengangkat rostrum.

Puan Wahidah menyusun bunga.

Menyusun kerusi.

Burhanuddin (kiri) menyumbangkan bakti terakhir kepada SMKPZ. Dia akan mengikuti latihan kemahiran di Tampoi selepas cuti sekolah.

Puan Sa'adiah memastikan kerusi mencukupi.

Monday, 1 September 2014

Hari Kelima Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 29 Ogos 2014 (Jumaat)

Pada hari ini telah diadakan majlis penutup program ini. Hadiah-hadiah para pemenang turut disampaikan. Saksikan rakaman foto wartawan lokasi.

 Amirul menerima hadiah daripada Puan Hasmah.

 Zulamri menerima hadiah daripada Encik Azean.

 Haikal menerima hadiah daripada Puan Hasmah.

 Para pemenang menunjukkan sijil yang diterima.

Hari Keempat Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 28 Ogos 2014 (Khamis)

Pada hari ini telah diadakan pertandingan maskot kemerdekaan. Saksikan rakaman foto wartawan lokasi.

Warga PPKI mengambil tempat.

Penyertaan kelas PPKI 3.

Penyertaan kelas PPKI 7.
 
 Penyertaan kelas PPKI 2.

 Penyertaan kelas PPKI 6.

 Penyertaan kelas PPKI 5.

Maskot semua kelas beratur.