Monday 22 September 2014

Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2014

Tarikh: Sabtu, 13 September 2014
Masa: 7.45 pagi hingga 3.30 petang
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah ini telah diadakan Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2014 di SMK Pendeta Za'ba. Beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan nyanyian lagu-lagu asli untuk murid kategori bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran, pertandingan mewarna batik untuk murid kategori bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran serta pertandingan menganyam bakul untuk murid kategori bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Majlis penutup telah diadakan pada jam 2.00 petang yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ipun binti Shamsuddin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Tahniah kepada Muhammad Faris bin Muhayuddin yang telah menjulang nama SMK Pendeta Za'ba selaku johan pertandingan nyanyian lagu asli lelaki kategori bermasalah pembelajaran.

Pengacara majlis membacakan syarat pertandingan nyanyian lagu asli.

Pertandingan nyanyian lagu asli sedang berlangsung.

Tauke PA System, Encik Roslan dan saya selaku stage manager.

Pertandingan mewarna batik sedang berlangsung.

Seorang peserta sedang membancuh warna.

Pertandingan menganyam bakul.

Kalau saya la yang buat, satu minggu pun belum tentu siap.

Puan Hasmah (tengah) sedang berbincang dengan pengacara majlis penutup.

Hasil kerja pemenang sedang diamati oleh orang ramai.

Cantik sungguh anyaman bakul.

Kumpulan Kesenian SMK Pendeta Za'ba, Selendang Pendeta sedang menghiburkan penonton.

Penonton menghayati persembahan tarian penutup.

Lagu Patah Hati membawa tuah kepada Faris.

Faris menyampaikan lagu Patah Hati.

Para VIP bergambar kenangan.

Stage manager bergambar kenangan di hadapan banner karnival.

No comments:

Post a Comment