Saturday 6 August 2016

Hari Kelima Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 5 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa: 11.20 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Bagi para penjaga yang membaca blog ini kalau anda nak tahulah, hadiah bagi minggu-minggu bertema di PPKI tidak lagi berupa jajan seperti suatu ketika dahulu, kalau jajan tu mungkin adalah sumbangan daripada para penjaga. Ini kerana pihak sekolah amat maklum dan mengambil berat akan sebilangan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang akan menjadi hyper setelah mengambil makanan-makanan yang manis. Maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif memberi hadiah berbentuk alat tulis yang kami rasakan lebih berguna untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.
Hadiah berbentuk alat tulis juga sangat berguna kerana dalam pengamatan kami (sekurang-kurangnya apa yang saya nampak pagi-pagi ketika tuan-tuan dan puan-puan menghantar anak-anak ke sekolah) sebilangan besar anak-anak tuan-tuan dan puan-puan hanya berlenggang apabila masuk ke pagar sekolah (tidak membawa beg, maka memang tak bawa alat tulis, sungguh menyedihkan). Moga-moga perkongsian ini menjentik minda anda untuk menggunakan wang elaun EMK yang bakal diterima nanti untuk melengkapkan peralatan sekolah anak-anak anda.
Berbalik kepada aktiviti hari ini, Program Minggu PSS PPKI SMKPZ ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertuah. Terima kasih kepada Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ yang telah sudi  menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tamat juga akhirnya Minggu PSS SMKPZ ini yang penuh dengan warna-warni dan kontroversi. Kih, kih, kih!!!

Seingat saya, sejak posting kat sini inilah kali pertama Cikgu Maizura jadi pengacara majlis.
 
Ain Syuhada menerima hadiah bagi pihak kumpulannya yang menjadi johan pertandingan fail tegak.
 
Berdebar-debar menunggu keputusan.
 
Adib menerima hadiah bagi pihak kumpulannya yang menjadi johan pertandingan eksplorasi (mencari maklumat).

 Ain Syuhada merupakan naib johan pertandingan membina cerita.

No comments:

Post a Comment