Wednesday, 30 December 2015

Pendaftaran Pelajar Baru Dan Lama PPKI SMKPZ

Tarikh: 31 Disember 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan pendaftran pelajar baru dan lama PPKI SMKPZ. Kehadiran setakat jam 9.30 pagi hanyalah 15 penjaga. Boleh dikatakan amat mengecewakan kerana semasa bermulanya taklimat oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan PPKI SMKPZ pada jam 8.30 pagi hanya beberapa belas orang sahaja yang hadir. Jumlah pelajar baru yang akan masuk khabarnya 13 orang tetapi penjaga pelajar baru yang hadir hanya 3 sahaja.

Setelah tamat taklimat Puan Hasmah pada jam 9.00 pagi, para penjaga mula bergerak ke kelas PPKI 1, PPKI 6 dan PPKI 7 iaitu tempat di mana kaunter-kaunter pembayaran bagi pembelian buku, peralatan-peralatan sekolah dan juga sumbangan PIBG.

Kaunter pendaftaran.

Inilah rakaman para penjaga yang hadir. Puan Nor Wahidah (kanan berbaju hijau) tak kira kerana itu guru. Jadi berapa yang hadir?
 
Puan Hasmah turut menyuarakan rasa kecewa kerana bilangan yang hadir sedikit walaupun memo telah dikeluarkan sebelum cuti sekolah lagi bagi pelajar-pelajar lama. Para penjaga pelajar baru pula telah dimaklumkan semasa menghantar surat penempatan di Blok PPKI SMKPZ.

Puan Hasmah menyampaikan taklimat.

Perbincangan sedang berlangsung.

Salah satu kaunter pembayaran dikendalikan Puan Wan Azlima.

Kaunter pembayaran di Bilik PPKI 6.

Encik Nilamutheen mendengar penerangan Puan Lim Pei Kuan berkaitan bayaran yang perlu dijelaskan pada tahun ini.

Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2016

Tarikh: 30 Disember 2015 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi sehingga 1.00 petang
Tempat: Kelas PPKI 6

Pada pagi ini telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 1/2016 untuk semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ. Tajuk LDP pagi hari ini ialah Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Penceramah pada pagi ini ialah Puan Siti Khairanah binti Khalid, guru PPKI SMKPZ yang telah mengikuti kursus PLC peringkat sekolah beberapa bulan yang lalu. Selepas perkongsian ilmu oleh Puan Siti Khairanah, guru-guru telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut mata pelajaran masing-masing untuk aktiviti dalam kumpulan.

Puan Siti Khairanah sedang menyampaikan ceramah.

Khusyuk mendengar.

Mesyuarat PPKI SMKPZ 1/2016

Tarikh: 30 Disember 2015 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Ruang pelbagai guna PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan Mesyuarat PPKI SMKPZ 1/2016. Semua guru dan pembantu pengurus murid telah hadir pada pagi ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan PPKI.

Mesyuarat telah membincangkan pelbagai agenda. Agenda yang dibincangkan merangkumi hal-hal kurikulum, hal-ehwal murid dan ko-kurikulum. Mesyuarat turut membincangkan urusan pendaftaran pelajar baru dan lama yang akan berlangsung pada keesokan hari (31 Disember 2015).

Puan Hasmah mempengerusikan mesyuarat.

Mesyuarat sedang berlangsung.

Wednesday, 23 December 2015

Pendaftaran Pelajar PPKI SMKPZ Sesi 2016

Dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar PPKI SMKPZ akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
  • Hari: Khamis
  • Tarikh: 31 Disember 2015
  • Masa: 8.00 pagi

Aturcara:
  • 8.00 pagi: Pendaftaran & semakan maklumat pelajar
  • 9.00 pagi: Taklimat ibu bapa / pelajar oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Pendeta Za'ba
  • 9.40 pagi: Pembelian buku-buku / peralatan sekolah
Pihak kami dengan berbesar hati menjemput para ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar PPKI SMKPZ ke program di atas. Selain membuat pembelian buku-buku dan peralatan sekolah, bayaran sumbangan PIBG 2016 juga boleh dibuat yang berjumlah RM145.

Sekian, harap maklum. 

Tuesday, 22 December 2015

Selamat Datang Puan Shariza binti Mohd Shaharudin

Warga PPKI SMKPZ mengucapkan selamat datang kepada Puan Shariza binti Mohd Shaharudin (gambar) yang baru bertukar ke sekolah ini. Beliau sebelum ini mengajar di PPKI SMK Panchor, Seremban. Dengan pertukaran beliau ke sekolah ini maka lengkaplah kuota untuk guru PPKI SMKPZ.
Selamat bertugas kami ucapkan.


Persediaan Tahun Akademik 2016

Cuti persekolahan hampir tiba ke penghujungnya. Kalau para penjaga sibuk untuk menguruskan pelbagai urusan persekolahan anak-anak mereka, guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak kurang sibuknya.
Bagi pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ, semenjak awal cuti lagi mereka telah sibuk melakukan pelbagai projek kecerian di Blok PPKI SMKPZ seperti mengecat pagar, meja, kerusi dan pasu bunga. Datanglah sendiri bagi menyaksikan hasil tangan mereka yang sangat membanggakan.

Bagi guru-guru pula telah mula bermesyuarat di Dewan Seri Pendeta pada 22 Disember 2015 (Selasa) dan 23 Disember 2015 (Rabu). Pada hari Selasa pada waktu paginya diadakan Mesyuarat Guru SMKPZ 1/2016 manakala pada waktu petangnya diadakan Mesyuarat Ko-Kurikulum SMKPZ 1/2016. Pada hari Rabu pada waktu paginya diadakan Mesyuarat Kurikulum SMKPZ 1/2016 manakala pada waktu petangnya diadakan Mesyuarat Hal-Ehwal Murid SMKPZ 1/2016.

Mesyuarat panitia-panitia pula akan diadakan mula 28 Disember 2015. Bagi PPKI SMKPZ, mesyuarat akan diadakan pada pagi 30 Disember 2015.

Saksikan sedikit rakaman foto yang sempat diambil.

 Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang mempengerusikan mesyuarat.

 Encik Mohd Loqmanulhakim bin Kamaruldzaman sedang menyemak buku takwim sekolah.

 Encik Azean bin Abdullah menunjukkan isyarat bagus untuk mesyuarat pada kali ini.

Encik Shahrizal (berdiri) bergambar kenang-kenangan bersama-sama guru-guru pendidikan khas.

Wednesday, 18 November 2015

Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Seremban

Tarikh: 17 November 2015 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SMK Dato' Shahardin

Pada hari ini PPKI SMKPZ telah menghantar seorang peserta iaitu Wan Ahmad Faizal bin Wan Mazaruddin dalam acara pendawaian satu fasa. Tuah menyebelahi beliau yang mendapat tempat kedua dalam acara tersebut. Karnival ini sepatutnya berlangsung semasa bencana jerebu beberapa minggu yang lalu akhirnya berlangsung juga pada hari ini.
Tahniah kepada semua pemenang.

 Faizal (kiri) bersedia dengan tool box.

 Faizal sedang melakukan pendawaian.

 Boleh jadi wireman ni, tinggal lagi kena pandai membaca dan mengira dengan lebih pantas.

 Ustaz Mohd Abdullah sedang membaca doa pembuka majlis.

 Faizal menerima hadiah daripada Yang Berusaha Pengetua SMK Dato' Shahardin.

 Cikgu Azean menerima cenderahati.

Para pemenang bergambar kenang-kenangan.

Karnival Permainan & Sukaneka PPKI SMKPZ: Boling

Tarikh: 18 November 2015 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ampang Bowl Cawangan Seremban Mall

Pada hari ini telah berlangsung Karnival Permainan & Sukaneka PPKI SMKPZ untuk acara boling yang tertunda tempoh hari akibat masalah teknikal. Lima kategori telah dipertandingkan iaitu lelaki 1, lelaki 2, perempuan 1, perempuan 2 dan guru serta pembantu murid.
Saksikan rakaman aktiviti tersebut.

 Cikgu Siti Khairanah membahagikan kumpulan.

 Berdebar-debar menunggu pertandingan bermula.

 Siapakah akan menang hari ini?

 Meregang dan memanaskan badan.

 Satihyasellon akan membuat balingan.

 Asyikin akan membuat balingan.

 Umi (kiri) membimbing Munirah membuat balingan.

 Cikgu Norli menunggu pin-pin boling disusun.

 Pemenang menjadi pengacara majlis.

 Bebudak je yang tak tau sapa yang menang.

 Anas malu mendapat tempat pertama kategori lelaki 1.

 Ashraf berbangga mendapat tempat pertama kategori lelaki 2.

 Afiqah berbangga mendapat tempat pertama kategori perempuan 1.

 Pui Yong teruja mendapat tempat pertama kategori perempuan 2.

 Pemenang tempat 'kesatu' kita, Cikgu Mohd Abdullah.
 
Tempat pertama Cikgu Mohd Abdullah, kedua Cikgu Wan Azlima dan ketiga Kak Sharul Afizah.

Perjumpaan Tiga Penjuru

Tarikh: 17 November 2015 (Selasa)
Masa: 12.00 tengah hari hingga 1.20 petang
Tempat: Hujung Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan perjumpaan tiga penjuru bagi SMK Pendeta Za'ba. Perbincangan adalah berfokuskan pencapaian peperiksaan akhir tahun 2015 bagi pelajar-pelajar tingkatan satu, dua, empat dan semestinya pelajar-pelajar pendidikan khas.
Selain membincangkan perihal akademik, perbincangan turut merangkumi perihal tingkah-laku dan hala tuju masa depan beberapa pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mereka kelak.
Tatapi rakaman program tersebut.

 Berlangsung dalam suasana penuh muhibah.

 Teacher Lim menerangkan pencapaian Aisyah kepada ibunya.

 Encik Jamal mendengar penerangan daripada Puan Hasmah (kanan).

 Menonton rakaman aktiviti sepanjang tahun 2015.

Satu Hari Satu Matapelajaran: Pendidikan Seni Visual

Tarikh: 17 November 2015 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 9.40 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini tiba pula giliran guru-guru matapelajaran Pendidikan Seni untuk mengadakan aktiviti Satu Hari Satu Matapelajaran. Pengisian pada hari ini ialah membuat kolaj dan mewarna. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Cikgu Sa'adiah membimbing Shikin membuat kolaj.

 Umi Dania mula mengoyak kertas warna untuk membuat kolaj.

 Aktiviti yang mencabar dan menguji kesabaran.

 Aktiviti mewarna di Kelas PPKI 6.

 Menggunakan krayon.

 Nasrul (kiri) dan Satihyasellon tekun mewarna.

 Syaikirin gigih berbangga dengan hasil kerjanya.

 Menonton video Pixel.