Friday, 14 April 2017

Majlis Penutup Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 14 April 2017 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini aktiviti Minggu Bahasa PPKI SMKPZ diteruskan lagi tayangan video serta Majlis Penutup Minggu Bahasa PPKI SMKPZ. Semasa majlis penutup, Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ telah menyampaikan ucapan perasmian penutup dan hadiah kepada para pemenang.
Saksikan gambar-gambar yang sempat diambil.

 Asyik dengan cerita yang ditonton.

 Ada dua bilik tayangan.

 Cikgu Shariza mengacarakan majlis.

 Faizal menerima hadiah bagi pihak PPKI 1.

 Syamira menerima hadiah bagi pihak PPKI 2.

 Naqiuddin menerima hadiah bagi pihak PPKI 3.

 Ashraf menerima hadiah bagi pihak PPKI 4.

 Nurul Aisyah menerima hadiah bagi pihak PPKI 5.

 Surini menerima hadiah bagi pihak PPKI 6.

 Akmal menerima hadiah bagi pihak PPKI 7.

 Best!!!

Majlis Sambutan Israk Mikraj SMKPZ 1438 Hijrah

Tarikh: 17 Rejab 1438 Hijrah (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.45 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Pada hari ini warga SMKPZ telah mengikuti Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat SMKPZ 1438 Hijrah. Di dalam majlis ini pada permulaannya warga SMKPZ telah berzikir munajat di bawah bimbingan Ustaz Nor Shahrulazemi bin Muhamad. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Shairozi bin Hashim, pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
Saksikan rakaman gambar-gambar yang sempat diambil.

 Tekun mendengar ceramah.

Ustaz Shairozi menyampaikan ceramah.

Wednesday, 12 April 2017

Hari Keempat Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 13 April 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti Minggu Bahasa PPKI SMKPZ diteruskan lagi pada hari ini dengan Kuiz Bina Perkataan dan Amazing Race. Saksikan rakaman yang sempat saya ambil.

 Puan Sa'adiah mengendalikan Kuiz Bina Perkataan.

 Para peserta menunjukkan perkataan-perkataan yang mereka dapat.

 Nasrullah menunjukkan perkataan yang beliau dapat.

 Satihyasellon memohon bantuan Cikgu Sa'adiah.

 Cikgu Wan Azlima dan Teacher Lim menyampaikan taklimat Amazing Race.

 Pembahagian kumpulan berlangsung.

 Menulis nama ahli-ahli kumpulan.

 Menyusun puzzle haiwan.

 Mencari perkataan tersembunyi.

 Melabel barangan. Ada yang label "bottle" pada "computer screen."

 Cikgu Siti Norli membantu pelajar melengkapkan aktiviti mereka.

 Memotong keratan akhbar untuk buku skrap.

 Johari dan kumpulannya dalam aktiviti mencari barangan.

 Cikgu Shariza memberi panduan untuk aktiviti mengeja gambar yang diberi.

 Ashraf mencabut gambar dalam beg.

Membuat penanda buku.

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kesihatan

Tarikh: 13 April 2017 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: Kelas-kelas PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah berlangsung Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kesihatan Kategori Pelajar PPKI SMKPZ. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Peserta-peserta PPKI 1.

 Peserta-peserta PPKI 2.

 Peserta-peserta PPKI 3.

 Peserta-peserta PPKI 4.

 Peserta-peserta PPKI 5.

 Peserta PPKI 6.

Peserta-peserta PPKI 7.

Hari Ketiga Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 12 April 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti Minggu Bahasa PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan "Puppet Didi & Friends." Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Di dalam kumpulan ini mereka bekerjasama menghasilkan boneka bertemakan Didi & Friends. Setelah siap, mereka bekerjasama pula memainkan boneka-boneka berkenaan dengan iringan lagu-lagu Didi & Friends.
Saksikan rakaman gambar yang sempat diambil oleh saya.

 Cikgu Siti Khairanah sedang menyampaikan taklimat aktiviti.

 Cikgu Shariza memantau aktiviti kumpulannya.

 Cikgu Siti Khairanah memantau aktiviti kumpulannya.

 Berdebar-debar menunggu giliran untuk membuat persembahan.

 Cikgu Sa'adiah mengacarakan majlis.

 Mathan (kiri) memberi sokongan moral kepada rakan-rakannya.

 Didi main sorok-sorok.

 Saya teko kecil...

 Anak itik Didi main dalam kolam...

 Papa ku pulang dari kota...

 Ikan dari pinggan kertas.

Lompat si katak lompat...

Monday, 10 April 2017

Hari Kedua Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 11 April 2017 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti Minggu Bahasa PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Aktiviti Kuiz Meneka Perkataan Dari Gerak Badan dan Eksplorasi. Saksikan rakaman gambar pelbagai gelagat para pelajar kami di dalam aktiviti pada hari ini.

 Teacher Lim mengendalikan aktiviti Kuiz Meneka Perkataan Dari Gerak Badan.

 Johari sedang dibisikkan perkataan yang harus digayakannya.

 Teacher Lim sedang membuat pembahagian kumpulan untuk pertandingan eksplorasi.

 Cikgu Wan Azlima sedang memberi taklimat bagi pertandingan eksplorasi.

 Menulis nama-nama ahli kumpulan.

 Mathan menggayakan perbuatan tidur.

 Membuat pelbagai objek daripada plastisin.

 Menyelesaikan teka-teki.

 Menyelesaikan puzzle.

 Membina perkataan daripada huruf-huruf yang diberi.

 Mencari tajuk-tajuk buku di Perpustakaan PPKI SMKPZ.

Menyusun puzzle buah-buahan.