Sunday, 24 August 2014

Siling Bilik Guru Roboh

Tarikh: 13 Ogos 2014 (Rabu), tengah hari.

Hujan yang turun lebat pada hari ini telah menyebabkan siling bilik guru PPKI SMKPZ roboh akibat kebocoran pada bumbung. Musim hujan sememangnya tidak memaafkan bumbung yang bocor.
Kebocoran tahap 'gaban' juga mengakibatkan meja-meja guru dipindahkan ke hadapan. Karpet kelas PPKI 1 juga telah habis basah dan diganti dengan tikar getah.
Tatapi rakaman yang sempat dirakam oleh wartawan lokasi pada hari berkenaan.

Puan Lim sibuk menyelamatkan harta-benda beliau. Saya hanya mampu memerhatikan air mencurah turun di atas meja saya (yang ada tali leher tu).

Mengubah almari yang basah ditimpa hujan.

Habis basah karpet.

Memindahkan rak-rak besi.

Mengemas dalam suasana lantai basah.

Mengubah permainan congkak.

Memasang tikar getah baru.

Puan Saadiah menuju ke meja beliau.

Thursday, 14 August 2014

Jamuan Aidilfitri PPKI SMKPZ

Tarikh: 13 Ogos 2014 (Rabu)
Masa: 9.40 pagi hingga 10.40 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan jamuan Aidilfitri peringkat sekolah. Warga PPKI turut meraikannya dengan mengadakan jamuan yang sungguh lazat. Antara hidangan pada pagi tersebut ialah lemang, lontong, rendang ayam, kuah kacang, buah-buahan dan pelbagai kuih raya yang disumbang bersama oleh warga PPKI.
Tatapi rakaman yang sempat dirakam pada hari tersebut.

 Memasak lontong.

 Menyusun kuih-muih.

 Memotong buah lai.

 Menyusun hidangan di meja VIP.

 Murid-murid mengambil hidangan.

 Mengisi air sirap ke dalam cawan.

 Menikmati hidangan.

 Murid-murid lelaki mengambil hidangan.

 Seronoknya beraya.

Satay pun ada.

Guru-guru mengambil hidangan.

Warga pejabat sekolah turut memeriahkan jamuan.

 Puan Pengetua (tengah) menikmati satay.

 Dari kiri Puan Syarifah, Puan Norhayati dan Tuan Haji Roslan.

Manggis pun ada.

Tuesday, 12 August 2014

Persiapan Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 12 Ogos 2014 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 9.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Tatapi rakaman persediaan warga PPKI SMKPZ untuk menyambut bulan kemerdekaan.

 Idham mencabut huruf-huruf lama di dinding.

 Menggantung bendera kecil.

 Jangan ikat mati.

 Semua bergotong-royong.

 Guru-guru pelatih memeriksa bendera.

 Menaikkan bendera besar.

 Yang pegang tangga ramai.

 Menjahit nombor 57.

 Burhan terus memanjat.

 Najmi berbangga dengan lambang 1Malaysia diwarnanya.

 Faris mewarna lambang 1Malaysia.

 Fiqah mewarna lambang 1Malaysia.

 Idham menggantung bendera.

Dari kiri Surini, Fatin dan Munirah mewarna lambang 1Malaysia.

Dah siap.

Wednesday, 6 August 2014

Buluh lemang bertukar menjadi gajet

Tarikh: 6 Ogos 2014, Rabu
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini semasa aktiviti ko-kurikulum pengakap, murid-murid PPKI SMKPZ telah membuat gajet pengakap. Berbekalkan buluh-buluh lemang (yang ada pulut lagi pun ada) dan beberapa gulung tali rafia, warga PPKI SMKPZ telah bertungkus-lumus menyiapkan seberapa banyak gajet yang termampu.

Membuat para.

Membuat replika tangga.

Membuat tempat meletak bawang.

Membuat tempat meletak pinggan.

Pemberian Duit Raya

Tarikh: 24 Julai 2014, Khamis
Masa: 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ telah diberikan duit raya. Duit raya ini merupakan sumbangan oleh guru-guru, pembantu-pembantu pengurusan murid, para penjaga dan individu-individu persendirian budiman yang ikhlas menyumbang. Terima kasih diucapkan.

Puan Hasmah memberikan duit raya kepada Afiqah.

Encik Azean memberikan duit raya kepada Afiqah.

Munirah turut menerima duit raya.

Minggu Pendidikan Islam Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Pendeta Za’ba Tahun 2014


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, pada 14 hingga 18 Julai 2014 yang lalu program di atas telah dijalankan. Berikut merupakan salah satu rakaman foto program tersebut.

 
Puan Siti Norli menyampaikan hadiah kepada Ummi Aida yang menjadi johan pertandingan tulisan jawi.

Klik pautan di bawah untuk melihat lebih banyak rakaman aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut.