Sunday, 27 October 2013

Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Tarikh: 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada malam ini telah diadakan Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat SMK Pendeta Za'ba. Sebagai guru PPKI, kami berasa sungguh bangga kerana persiapan tempat telah dilaksana dengan bantuan murid-murid kami.
Program pada malam ini telah dikendalikan oleh GPK HEM, Tuan Haji Roslan bin Omar. Setelah selesai taklimat, hadirin telah dijemput menikmati sedikit jamuan yang terdiri daripada bihun goreng, kuih-muih dan teh.

Menyusun kerusi dengan pantas.

"Ooo malam ni ada makan-makan ye cikgu?" tanya Haikal.

Antara kerusi-kerusi yang kosong malam itu.

Ramai juga yang hadir, tapi cikgu-cikgi la.

Post mortem oleh Tuan Pengetua.

Wednesday, 16 October 2013

Mesyuarat Panitia PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 3 Oktober 2013 (Khamis)
Masa: 1.20 petang hingga 2.40 malam
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada petang ini telah diadakan Mesyuarat Panitia PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pelbagai agenda dibincangkan berkaitan kurikulum, hal-ehwal murid dan ko-kurikulum PPKI. Terima di atas tajaan Nasi Arab Damsyik oleh GPK Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar.

Gambar: Sambil mesyuarat, sambil makan.

Gambar: Puan Nor Wahidah sedang membentang laporan disiplin.

Tuesday, 1 October 2013

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Tarikh: 27 September 2013 (Jumaat)
Masa: 6.30 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada petang ini telah diadakan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat untuk memohon kemudahan dan kejayaan calon-calon PMR dan SPM sekolah ini. Majlis yang bermula sejak 6.30 petang itu telah dihadiri oleh para ibu bapa, guru-guru dan calon-calon peperiksaan berkenaan.
Setelah majlis tamat, sidang hadirin telah menikmati hidangan nasi beriani yang disediakan oleh pihak sekolah. Semoga calon-calon peperiksaan kita akan mendapat kejayaan yang gemilang.

 Gambar: Majlis bacaan Yassin sedang berlangsung.

Gambar: Majlis bacaan Yassin sedang berlangsung.

Rakaman Hari Kelima Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 27 September 2013 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Gambar: Cikgu Sa'adiah sedang menyusun hadiah.
 
Gambar: Murid-murid teruja untuk menerima hadiah.
 
Gambar: Demonstrasi membuat kuih bahulu memisahkan telur kuning dan telur putih oleh Cikgu Ashraf.
 
Gambar: Haikal cuba memisahkan telur kuning dan telur putih.
 
Gambar: Syakirin cuba memisahkan telur kuning dan telur putih.
 
Gambar: Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin bin Kasim.
 
Gambar: Umi Aida gembira menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.
 
Gambar: Nazirul menerima hadiah bagi pihak kumpulannya
 
Gambar: Idham sedang menjawab soalan kuiz.
 
Gambar: Gembira. Semua pemenang menunjukkan hadiah yang dimenangi.

Rakaman Hari Keempat Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 26 September 2013 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Gambar: Cikgu Azean sedang menerangkan peraturan pertandingan mencari harta harun karun

Gambar: Cikgu Ashraf sedang membaca senarai barangan yang perlu dicari.
 
Gambar: Cikgu Azean sedang membuat pembahagian kumpulan.
 
Gambar: Zawani mengutip pokok kemuncup.
 
Gambar: Kumpulan Cikgu Siti Norli sedang menyemak barang-barang yang dikutip ahli kumpulan beliau.
 
Gambar: Mencari semut.
 
Gambar: Cikgu Azean sedang mencatat markah kumpulan.
 
Gambar: Shahrizan mengeluarkan barang-barang untuk diadili.
 
Gambar: Persediaan tempat pertandingan puzzle cube.
 
Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang menerangkan peraturan pertandingan puzzle cube.
 
Gambar: Cikgu Hasmah sedang memilih pemenang pertandingan menanam kacang hijau.
 
 Gambar: Amirul cuba menyelesaikan puzzle cube.
 
Gambar: Hiyah cuba menyelesaikan puzzle cube.

Rakaman Hari Ketiga Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 25 September 2013 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Gambar: Guru-guru sedang mengambil bahan untuk aktiviti buku skrap.

Gambar: Cikgu Lim sedang mengedarkan bahan.

Gambar: Shahrizan sedang memotong gambar.

Gambar: Aliya sedang mewarna haiwan.

Gambar: Fariq sedang mewarna gambar haiwan.

Gambar: Idham sedang menyediakan buku skrap.

Gambar: Zainol sedang menyediakan buku skrap.

Tuesday, 24 September 2013

Takziah kepada keluarga Muhammad Faris bin Muhayuddin

Di hujung seminar yang saya ikuti petang Selasa kelmarin, saya telah dihubungi oleh sahabat saya Encik Roslan bin Ibrahim yang memaklumkan bahawa Nurul Isnaini binti Muhayuddin iaitu adik kepada salah seorang murid kami iaitu Muhammad Faris bin Muhayuddin telah meninggal dunia bersama rakannya iaitu Nur Farah Adila binti Azmi dalam satu kemalangan.jalan raya.

Kehilangan kedua-dua pelajar 4F itu turut dirasai oleh warga sekolah yang telah mengadakan bacaan Yassin dan tahlil pada pagi ini (Rabu, 25 September 2013). Pihak kami ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar berkenaan. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Gambar: Sekitar majlis bacaan Yassin.

Gambar: Sekitar majlis bacaan Yassin.

 Berikut merupakan artikel yang dipetik daripada Utusan Malaysia Online pada pagi ini.

Dua sahabat maut sebelum sempat hadiri majlis sambutan hari jadi

Beberapa anggota polis memeriksa mayat Nurul Isnaini Muhayuddin dan Nur Farah Adila Azmi yang terlibat dalam kemalangan di Taman Tasik Jaya, Seremban, semalam.

SEREMBAN 24 Sept. - Hasrat dua rakan sekolah untuk menghadiri majlis hari jadi rakan tidak kesampaian selepas kedua-duanya terbunuh setelah motosikal tunggangi mereka merempuh sebatang pokok di Taman Tasik Jaya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Nurul Isnaini Muhayuddin dan Nurfarah Adila Md. Azmi, yang masing-masing berusia 16 tahun, menaiki motosikal jenis Yamaha Nouvo dari arah Taman Tasik Jaya menuju ke Kampung Sentosa.
Jurucakap polis berkata, ketika menuruni bukit di situ, Nurul Isnaini yang menunggang motosikal berkenaan gagal mengawal kenderaan tersebut menyebabkan mereka terbabas ke bahu jalan.
"Mangsa kemudian merempuh sebatang pokok sebelum motosikal berkenaan tercampak di dalam longkang berhampiran.
"Kedua-dua mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'aba dekat sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya di sini hari ini.
Rakan mangsa, Puteri Lily Ayumi Aminudin, 16, berkata, ketika kejadian dia yang menunggang sebuah lagi motosikal bersama seorang lagi rakannya berada di belakang motosikal mangsa.
"Kami dalam perjalanan dari Taman Tasik Jaya untuk menghadiri majlis hari jadi ke-16 rakan kami yang dikenali sebagai Ellyzah di Pangsapuri Seroja, iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Ketika waktu sekolah lagi kami sudah merancang untuk ke majlis berkenaan dan Nurul Isnaini serta Nur Farah juga teruja untuk menyambut majlis itu bersama-sama.
"Tapi saya tidak sangka dua rakan karib saya ini terlibat dalam kemalangan. Apa yang paling menyedihkan ialah saya melihat sendiri dua sahabat saya ini meninggal dunia," katanya sedih.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.