Friday, 16 June 2017

Hari Keempat Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 15 Jun 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Ruang Serbaguna Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan dua lagi aktiviti bersempena dengan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ. Aktiviti yang pertama ialah solat sunat Dhuha berjemaah yang diimami oleh Cikgu Mohd Abdullah manakala aktiviti yang kedua ialah Kuiz Pengetahuan Pendidikan Islam dikendalikan oleh Cikgu Noor Azlan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Menunggu rakan-rakan yang belum siap berwudhu.

 Cikgu Shariza memantau murid-murid lelaki berwudhu.

 Ustaz Mohd Abdullah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan solat sunat Dhuha.

 Khusyuk mendengar taklimat.

 Rapat dan luruskan saf.

 Ariff menjadi imam simpanan.

 Haziq (kanan) menjadi pengangkat kad jawapan untuk Kumpulan Ansar.

 Haikal menjadi pengangkat jawapan untuk Kumpulan Muhajirin.

Sudut pandang pengendali kuiz.

Tuesday, 13 June 2017

Majlis Persaraan Dan Pertukaran

Tarikh: 14 Jun 2017 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini SMK Pendeta Za'ba mengucapkan terima kasih kepada tiga orang guru yang akan meninggalkan sekolah ini atas sebab bersara dan bertukar sekolah. Guru yang bersara ialah Ustazah Hajah Wan Hafidzah binti Wan Ismail manakala guru-guru yang bertukar ialah Encik Hamshahril bin Hamdan dan Ustazah Masitah binti Ismail.
Selamat bersara dan selamat berkhidmat di sekolah baru.

 Cikgu Hamshahril juga merupakan guru subjek PJPK bagi murid-murid PPKI yang diinklusifkan untuk subjek berkenaan.

 Banner yang ringkas tapi menarik.

 Khalayak yang hadir.

 Macam dah nak raya pun ada.

 Montaj-montaj berkaitan guru-guru berkenaan pendek-pendek sahaja. Tak sampai 3 minit setiap satu.

Hari Ketiga Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 14 Jun 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti Minggu Pendidikan Islam diteruskan lagi dengan Pertandingan Merekacipta Sampul Duit Raya & Kad Ucapan Hari Raya. Pertandingan yang pertama ialah secara individu manakala pertandingan yang kedua ialah secara berkumpulan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Kumpulan Haikal dan rakan-rakan tekun di Kelas PPKI 1.

 Cikgu Mohd Abdullah dan Cikgu Shariza mengawasi kumpulan di bawah jagaan mereka.

 Alif gigih mewarna sampul duit rayanya.

 Semua sibuk menyiapkan sampul kad raya dan kad ucapan hari raya.

 Kumpulan Mathan dan rakan-rakan di kelas PPKI 7.

 Kumpulan Hakim dan rakan-rakan di kelas PPKI 5.

 Antara hasil akhir para peserta.

 Tahun ni jimat duit tak payah beli sampul duit raya.

Antara hasil akhir para peserta untuk Pertandingan Kad Ucapan Hari Raya.

Taklimat KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2

Tarikh: 13 Jun 2017 (Selasa)
Masa: 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini telah diadakan Taklimat Penataran KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2 bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Untuk mata pelajaran Matematik telah disampaikan oleh Encik Azean bin Abdullah manakala untuk mata pelajaran Sains telah disampaikan oleh Encik Mohd Abdullah bin Muhamed Yusof.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Encik Mohd Abdullah menyampaikan taklimat.

 Saja bagi banyak gambar.

 Pun nak bagi banyak gambar.

Encik Azean menyampaikan taklimat.

Monday, 12 June 2017

Hari Kedua Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 13 Jun 2017 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Program Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ diteruskan lagi pada hari ini dengan Eksplorasi Jom Berhijrah. Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

 Pembahagian kumpulan sedang berlangsung.

 Mana yang halal, harus, sunat, makruh dan haram?

 Mencari nama malaikat.

 Faizal dibantu Puan Siti Khairanah menyelesaikan tugasan.

 Shakir ingin turut membantu.

 Tugasan di ruang pelbagai guna.

 Membina replika Ka'abah.

Faizal sedang melaksanakan tugasan berwuduk.

Taklimat Penataran KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2

Tarikh: 12 Jun 2017 (Isnin)
Masa: 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini telah diadakan Taklimat Penataran KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2 bagi guru-guru PPKI SMKPZ. Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas telah menyampaikan taklimat umum berkaitan KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2. Puan Siti Norli binti Kamarudin pula telah menyampaikan taklimat berkaitan subjek Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2.
Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

 Taklimat sedang berlangsung.

Tuan Haji Raduan menyampaikan maklumat terkini.

Hari Pertama Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 12 Jun 2017 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan dua aktiviti bersempena dengan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ. Aktiviti yang pertama ialah menonton kuliah agama Ustaz Don berkaitan dengan cara berwuduk yang betul. Aktiviti yang kedua ialah pertandingan mewarna dan kolaj khat jawi. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas menyampaikan nasihat kepada murid-murid.

 Wan Ahmad Faizal memasang lcd.

 Tekun menonton kuliah Ustaz Don.

 Cikgu Siti Norli membuat pembahagian kumpulan.

 Cikgu Azean membimbing kumpulan beliau.

 Bekerjasama menyiapkan khat jawi.

Daniel (kiri) dan Syahmi menampal kertas warna.